Ini satu kisah yang aku dengar. Apa pandangan anda???Hehehe
Dalam cerita ini ada 3 watak utama. A, B dan C. Dipendekkan segala cerita yang aku dengar, beginilah kisahnya.
A buat salah dengan B dan juga C serentak. B dan C begitu terasa dengan perbuatan A kepada mereka. Namun, setelah beberapa bulan berlalu si A mula merayu dan meminta maaf pada si B. Namun C dibiarkan begitu sahaja.
Apa pandangan aku???
Aku merasakan ALLAh membantu C untuk tidak diperlakukan lagi oleh si A. Maka, ALLAH dah meluputkan ingatan A terhadap C mungkin. MEsti ada sebab mengapa ALLAH berbuat demikian seperti C banyak masalah dan dugaan lain yang harus ditempuhi. Makanya, ALLAH mengurangkan sedikit dugaan kerana ALLAH sayangkan hambanya.
Buat si B, ALLAH bukan tidak sayangkannya, namun ALLAH mungkin mahu menduga dan menguji B. Mungkin ALLAH telahpun memberikan kesenangan dan kebahgiaan buat si B, maka ALLAH ingin menguji adakah si B akan alpa dengan semua itu.
Pesanan daripadaku, moga si B akan sentiasa dilindungi ALLAH dan dijauhkan dari segala kemungkinan serta tidak alpa. Buat si C, bersyukurlah atas bantuan dari ALLAH itu. Anggaplah mungkin ini hikmahnya. Buat si A, berubahlah dan jangan pernah mengulangi kesilapan dahulu. Moga hidayah dariNya akan menerangi hidupmu.
Aku pun terlupa nak tanya lanjut kisah ini. Namun dari kisah yang mudah ini, maka inilah pandangan ku dan yang penting mungkin inilah hikmahnya.
Filed under: Hidup |
macam touching pulak hikmah dia. hehe
fazil >>>wahahhaa.agak ah!!think +ve