LANGKAWI’S FIELD TRIP EP 2

Kami sampai di Langkawi sekitar jam 11 kot. Kemudian kami bertolak Ke Best Star Resort. best jugalah resort ni. Selesa. Sebabnya lelaki ada 3 orang sahaja, maka kamilah yang untung, tak payaah duduk berempat. Bilik budak perempuan 4 orang satu bilik. Hahaha.

Sampai dekat resort dah dekat pukul 12. Pukul 3 aktiviti nak start dah. Aku jadi kelam kabut, sebab bahan presentation aku sama dengan kumpulan lain. Maka dengan sukarela aku membuat bahan baru. Adoi, sampai tak makan tengahri aku hari itu. Takut terlambat. Hahaha.

Mula-mula aktiviti sahaja semua kena marah. Budak perempuan semua lambat. Budak lelaki semua tak makan tengahri, tu yang cepat. Hahaha.

Jadi aktiviti kami petang itu pun bermulalah. Mempesembahkan bahan bantu mengajar yang boelh digunakan tatkala mengajar nanti. Semuanya bahan bantu mengajar berkaitan fizik semata-mata. Tengoklah adegan semua membuat presentation.

 

st832618

Masa ni hujan plak.

st832621

Ni group Zol

st832622

Ni group Shida

st832625

Ni group aku. (Bahan yang baru buat)

st832626

Ni group Fazleen

st832629

Ni group Awang

st832632

Ni group Ziyani (Best presentation)

Bila dah settle semua presentation, maka kami pun berehatlah lagi. Malam ada lagi aktivitinya. Maklumlah, ni kan field’s trip. Hehehe. Tapi bila taip rehat, rugilah kalau tidur, so kami pun berjalan di tepian pantai untuk menikmati keindahan matahari terbenam. Cewahhhh

 

dscn1154

Hehehe

dscn3010

Mari menggedix!!!!

dscn3006

Apakah posing ini???

dsc01800

budak perempuan tengah bermanja

dscn1153

sempat lagi ni

p2280175

cantik tak laut belakang kitorang

dscn3004

melompat lebih tinggi (aku memang tidak lompat)

p2280049

Inilah budak perempuan

Sebelum balik untuk bersiap, kenalah posing buat kali yang terakhir. Hahaha. Apa lagi, peserta-peserta dewi remaja ni semua pun perlulah bergambar dengan pemenang pencarian lelaki maskulin impian (dalam mimpi). Hahaha

p2280177

Inilah ‘Kami’