DRAGONBALL EVOLUTION

Sudah lama aku tidak membaca nama Bulma, Son Goku, Gohan, Yamcha dan banyak lagi. (yang penting atok penyu). Ahad yang lepas aku masih sempat untuk menonton wayang (walau tak ada duit)

Sebenarnya aku dibelanja junior aku (kalau tak malas nak pergi) Suhaimi. Hahaha. Baik budak ni, anak siapakah???Pakej belanja lengkap ya, makan minum juga ditanggung sepenuhnya. Aku keluar duit tambang saja.

Bila sampai saja kat Midvalley tu JR aku ni teruslah pergi beratur. Panjang jugalah barisan. Tayangan untuk Dragonball ni saja ada banyak kali. Jadi aku pun tak adalah risau tak dapat tiket. Hehehe.

Dah dapat tiket 1.30 petang, kami pergi makan dulu. Makan Domino’s Pizza. Suhaimi ajak aku makan banyak masa tu. Aku pun apa lagi, disebabkan diet yang dah lama hancus lebus, maka makan banyaklah. Hahaha.

Dah makan semua terus masuk panggung. BAgi aku, cerita ini akan jadi lebih menarik sekiranya dibuat seakan HArry Potter (bermula dari kecil tiap watak). Namun cerita yang bermula di tengah ini pun ok juga. Grafik dan semua kesan aksi dalam cerita ini diadun dengan baik sekali.

Aku suka dengan watak-watak yang ada dalam cerita ini. Tapi aku tetap menantikan  watak kurin (kepala botak dan ada 6 lubang atas kepala) Walau apa pun, aku bagi cerita ini 4 bintang. Bagi aku cerita ini best (sebab mengembalikan zaman kanak-kanak)Hehehee.

 

200px-dragonballposternewty5-1