PESTA PANTUN 09′

Seminggu yang lalu, UKM ada pertandingan pantun. Aku terlibat secara tak langsung saja. Jadi guru vokal dan persembahan (tiba2 jer). Aku tolong pun sikit saja. Tolong bagi isu sikit, tengok logik dan kefahaman sesebuah pantun saja.Bab lain tak pakar (lagi2 part bahasa)

Sejak hari jumaat lagi dah mula. Yang bestnya, 4 orang pendebat masuk. Pang, Khalis dan Firdaus. Mereka ni dah memang masuk dari edisi lepas lagi. Tapi tidaklah mengejutkan sangat. Tapi yang paling mengejutkan bila Amira Suriati masuk (alah yang jantan tu) Whahahaha.

Mulanya, aku taklah masuk team pun (hatta menjadi simpanan) sejak pusingan awal, tapi tiba-tiba di pertandingan akhir aku menjadi ahli simpanan pasukan. (kata Kak Daa, nanti tak cukup orang nak angkat piala)Hahahha

Aku tak kisah pun, aku bantu dari awal bukan nak apa pun, hanya suka melihat kawan berjaya dan berpantun. Maklumlah, bidang2 bercakap dan gila mic ni memang aku suka. Hahaha. (mesti ramai nak guna point ni nak hentam aku)

Aku pun jadilah simpanan pasukan. Dapat gak pakai tanjak (betul ke nie?)Hahaha. Pakai baju tajaan Malek, nak sama dan padan ngan sampin pinjam dari Pusat Kebudayaan punya pasal.

Alhamdullilah, pasukan kolej aku menang dan jadi Johan Pesta Pantun UKM 09′(buat kali ke-3 berturut2).Hehehe. Dapat aku posing dalam gambar. Hahaha. Pasukan kolej aku terdiri darpada Firdaus (Kak Daa-Pendebat Terbaik Uolsszzz), Aisyah, dan Malek.

Apa lagi, lepas menang sesi bergambar. hahaha. Nak tengok. Aku memakai baju ala2 terlebih sudey.Hahaha

 

dscn6389

Meh posing

dscn6416

Dah menang ambillah hadiah (ini tugas aku)

dscn6418

Semua pemenang (dah rasa cam debat jer)

dscn6431

Dengan budak2 KTDI (3rd place)