22 TAHUN LAMANYA

Jam 6.45 petang 22 tahun yang lalu, seorang kanak-kanak kecil lahir kedunia. Hehehe. Dengan gema Azan Masjid Al-Azim Melaka mengiringi kelahirannya.

Nama yang menjadi pilihan Ibunda, Anuar (sempena nama doktor yang menyambutnya) Namun atas perbincangan lahirlah insan bernama Khairul Anuar Bin Salim (penulis Insan Kerdil)

Pelbagai ranjau kehidupan dilaluinya. Dalam keperitan hidup dalam sebuah keluarga, sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah tidaklah serosak mana dibandingkan dengan orang di sekelilingnya. (Cuma dirosakkan jer. wahaha)

Terimalah (ayat rima yang ringan untuk anda)

BERSYUKUR KEHADRAT ILAHI,

ATAS REZEKI DI DUNIA INI,

UNTUK IMAN DIHATI.

 

TERIMA KASIH BUAT AYAH & IBU,

MENYAYANGI SEPENUH KALBU,

TANPA RASA JEMU.

 

BERUNTUNG PEROLEH RAKAN,

SENTIASA JADI PENEMAN,

BUAT TEMPAT SANDARAN.

 

Yang terakhir, terimalah beberapa wajah aku 5 tahun ke belakangan ini. Hehehe

dsc01540

Yang ni gambar masa form 3. Hahaha. Bak kata kawan aku, Ya ALLAH, comelnya. Muka suci sangatkan (sekarang dah tak). DAhlah kurus. Jadi ingat ya, aku memang sebenarnya kurus. Wahahha. Masuk teknik dengan muka nilah.(Ramai kakak angkat) Sejak dari kecil memang suka pakai topi. HEhehe

dsc01552

Ini gambar masa SPM, kalau tengok betul-betul, tak adalah gemuk sangat. Hahaha. Tapi masa 3 bulan lepas exam nilah duk mengembangkan badan. Hahaha. Yang penting rambut belah tengah tu. Hahaha

 

copy-of-copy-of-img_06031

Ni masa aku 1st year. Gambar ambil dekat Sarawak. Tengok gambar ni. Gemuk gila aku. Hahaha. Maklumlah, berat mencecah 66 kg. Arghhh. Gemuknya. Hehehe. Muka pun skema dan budak-budak lagi. Bak kata kawan aku, muka x gatal lagi. Sekarang muka gatal gila. Yeke???

merunimap-1

Ini Gambar masa aku pelajar tahun 2. Sekitar bulan ogos. Sebab aku pergi debat merdeka. Hehehe. Masa ini gemuk lagi kot, sebab aku belum mula diet. Tapi kurang sikitlah dari gambar sebelumnya. Betul x? Yang paling penting dah pandai nak bergaya sikit. Kalau tidak, skema je.

p22800281

Ini gambar yang terbaru. Aku kembali kurus setelah melalui proses pendietan dan macam-macam lagi. Kalau nak ikutkan, ini pun dah berkembang sikit dah. Hati kecewa. Wahaha. Wajah muka pun dah kelihatan terbentuk tirusnya.

Doa kupohon :

Semoga aku sentiasa dirahmati dan disayangi.

Semoga aku diberika kesihatan yang baik dan umur yang panjang.

Semoga aku sentiasa beroleh rezeki yang banyak, keluarga yang baik dan kehidupan yang aman dan sentosa.

Semoga aku beroleh perlindungan dan terjauh dari segala maksiat, malapetaka dan kebencanaan.

Insyaallah…