CERITA A, B DAN C

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan dan mendoakan kebahagiaan aku sempena hari lahir yang lepas. Tentang gambar hadiah? Tahun ini adalah sedikit hadiah yang kuterima dari kenalan rapat. Murah dan mahal tidak menjadi persoalan, janji diberi dengan ikhlas dan bukan atas niat yang lain.

Tidak dilupakan kepada yang mengucapkan selamat kepada ku, jika tidak berbalas harap maaf. Juga kepada mungkin nombor telefon yang tidak dikenali, juga terima kasih. (bila tanya siapa tidak berbalas, so lantaklah)

Baik, aku sebenarnya nak sambung balik cerita A, B dan C. Terima kasih kerana ada yang sudi memberikan judul cerita tersebut. Hahaha. Sebab aku tertarik dengan cerita ini. Untuk dijadikan panduan kepada semua. Semoga semua orang akan dapat berubah.

Seperti cerita sebelum ini, Si A masih lagi berusaha gigih untuk meminta maaf pada B. Seperti biasa, C tak kisah (Aiman tak kisah kot). Tapi yang kelakarnya Si A ini, kesalahannya tak nak mengaku, tetapi masih hendak terus menipu dan juga terus-terusan mengampu. Adoi, mengapalah tindakannya tidak sebijak pengalamannya (kata kawan aku)

Ikut kata kawan aku lagi, Si B menjangkakan Si A akan berusaha untuk meminta maaf kepada C juga kerana Si B malas dah nak layan dengan ayat-ayat sampah Si A. (Kasarnya ayat kawan aku ni bercerita)

(Aku bertanya lagi, tahu tak apa C nak buat nanti) Si C pula berasa dia bahagia sekarang. Si C akan buat bodoh sajalah. Jika benar Si A akan berusaha, C hanya akan bergelak ketawa. (Ayo, kejamnya!!!)

Pandangan aku.

Kenapa Si A nak minta maaf, tapi terus menipu. Bagi aku, akui saja kesilapan pasti akan dimaafkan. Tapi kerana strateginya dah lambat maka terkuburlah segala harapan. Hahaha. Jadi kepada sesiapa, tanya akulah apakah strategi nak berbaik. Wahaha.

Tapi bila mendengarkan cerita ini, aku masih lagi memikirkan ketidakpandaian (kata sopan) Si A. wahhaha.

Semoga B dan C sentiasa selamat dari gangguan dan kekacauan. Aminn (Mari doakan mereka)

p/s : Pasal langkawi selepas ini bersambung ya.