Aku terpaksa mengakhirkan episod kisah ini. Sebab sekarang aku dah nak exam. ahhaha. Aku pendekkan ceritalah ya. Selepas program pagi solar cooker dan explore race, kami semua pakat jalan-jalan sekitar Langkawi.
Kami jalan haritu tanpa En Zol dan bergerak sebagai orang yang bijak. Kami sewa 2 van dan sebiji kereta untuk membawa kesemua 24 orang pelajar ni. Kalaau dah kenderaan 3, lelakinya pun 3 maka semua lelaki jadi driver dan perempuan jadi mam besar. hahaha.
Mula-mula kami merayau dekat sekitar Gunung Mancincang, naik kereta kabel. Dah macam rombongan sekolah pun ada gak. Hahaha.

nie mereka yang naik kereta

nie budak laki yang 3 orang tu

nie yang naik 1 gondola

nie namenyer dah x de keje

angin kuat tau

dari atas, cantikkan?
Lepas dah turun tu, kami jalan-jalan pula dekat kawasan penternakan rusa, arnab kat tepi kereta kabel tu. Huhu, sempatlah duk bagi makn rusa kat situ dengan daun(padahal orang tu jual makanan dia)

Baik budak ni, anak siapakah??

Posing sat, sementara tunggu orang lain

Apakah yang aku sedang tenung?(anak dara)
Lepas jalan dekat kereta kabel, kami pergi shoping pula dekat pekan kuah dengan pingiran pekan dia tu kot. Tempat idaman suri. Jual pinggan mangkuk, coklat dan macam-macam. Aku sempatlah juga memborong untuk mak aku. Hehehe. Set mangkuk, sudu dan kain batik untuk mak aku. Hehehe
Tapi gambar aku tak ambil sebab dah kelam kabut, hari pun dah malam. Lagipun sewa kereta dah nak kena pulang. So takut lambat, kami shoping pun cam orang gila dah lajunya. Wahhaha. Bak kata En Zol habiskan semua kuah di pekan kuah. Hahha
Esoknya pagi-pagi, kami aku dah keluar jalan-jalan tepi pantai. Maklumlah tertekan kan. Banyak amsalah yang menimpa, so bila jalan tu alangkah indahnya hati ini. Gembira gila. Dah lama aku tak rasa tenang seperti itu.

Pakcik pinjam bot nak jadikan prop

Kumpulan pertama gigih berjalan

Lepastu dah ramai. So buatlah gaya helang @ ber rap

Ni gambar kedua tercantik yang aku rasa.

Ni gambar paling kreatif sekali. ~~Kredit tuk Yani~~
So lepas habis semua aktiviti berjalan di pantai, maka pulang lah kami ke tanah tempat kami belajar. Hehehe, Semua pengalaman di Langkawi akan tersemat di Jiwa. Program ini begitu mengeratkan kami.
Dari dulu kami tidak mengenali, sekarang semakin akrab. Nak berjalan?Melagho? Semuanya boleh dilakukan bersama. Hahaha. Terima kasih kepada En ZOl yang sangat sporting dalam program ini. Hahaha.
Jadi tamatlah sudah episod kisah di Langkawi. Next yang penting exam dan juga praktikal. Hari mengajar. Tunggu ya, pelajar-pelajar Sekolah Menengah Saujana Impian KAjang. Cikgu KA akan datang ke sana.
Filed under: Melagho | 1 Comment »