ADA APA DENGAN HATI

[Format Bacaan Jiwang]

Hati adalah organ yang sangat sensitif. Tidak percaya, cuba bayangkan di depan mata anda seorang bayi ditinggalkan ibunya.(Terusik tak hati~~~jika tidak maka anda tidak berhati~~~)

Hati ini jangan pernah diuji, kerana tatkala ianya sudah tidak bererti, maka segalanya tidak akan jadi. Kalaulah hati ini dihiris, bayangkanhati sudah mati.

Hati kadangkala ada orang kata boleh terbang melayang (Epal Merah punya entry) Aku juga percaya. Dan yang pasti, akan ada manusia yang terhegeh-hegeh mengejarnya. Siapakah dia? Pastinya yang mendambakan kasih si hati.

Hati ini, walaupun pernah dilukai tapi mudah untuk diubati. Percayalah. bayangkan anda disakiti, apa yag anda perlukan di dalam nati. Hanya secebis kemaafan dari diri. Maka hati akan sembuh sendiri.

Hati ini jangan sesekali dicabar. Kerana taut yang kecil apinya akan terus membakar. Kalau hati ini disakiti, jangan terus di siburkan dengan api yang tegar, tapi hiasilah dengan air yang mengalir.

[Format Bacaan Normal]

Apalah yang aku merepek kat atas ini. Maklumlah, musim peperikssaan, maka aku melalut sikit. Hehehe. Selamat exam semua. Aku baru lepas 1 kertas, maka menyusul lagi 4 nanti. Doakan aku ya. Tak kira musuh, kasih dan sebagainya, doakanlah aku. Hahaha