Ragam 1
Cara berpakaian. Tatkala minggu peperiksaan dan mahu memasuki dewan peperiksaan barulah ramai yang berpakaian kemas dan mengikut etika pakaian sebenar.(Termasuklah aku. Hahaha)
Namun tidak kurang juga yang memakai pakaian yang pelik. Contohnya masuk dewan peperiksaan hanya memakai seluar track suit dan baju tanpa kolar. Nasibnya baik, tidak pula ditegur.
Tidak kurang yang mempamerkan pakaian menarik sepanjang zaman mereka. hahaha. Tidak mengapalh sekali sekala bergaya. Apa salahnya.
Yang paling menarik, ada mereka yang berpakaian menampakkan lurah gaung di bahagian belakang. Mereka yang dudk di belakang seronoklah memerhati. Hahaha
Ragam 2
Etika duduk dan cara berdudukan di atas kerusi di dalam dewan peperiksaan. Bukanlah ianya mempunyai etika khas, tetapi dek kerana kesopanan yang perlu ditunjukkan kepada orang lain, maka seharusnya perkara ini dititik beratkan.
Cara pertama mungkin aku nak ceritakan ini sopan sikit caranya. Budak perempuan batch aku dalam pendidikan yang kecil molek duduk bersimpuh di atas kerusi. Mungkin dek kerana terlalu kecil menjadikannya kelihatan comel sahaja. Hahaha.
Cara kedua ini mungkin kurang sopan.[Khas untuk kaum hawa] Anda sudahlah memakai baju kurung, tetapi duduk mengangkang (berusaha untuk meletakkan kaki di kaki meja) Adoi, kurang sopannya anda semua duduk. Aku? Hanya tersenyum sipu (nak gelak tak boleh)
Tidak dilupakan, ada yang bersandar, ada yang berbaring di atas meja dan macam-macam gaya bebas lagi dipamerkan oleh setiap pelajar untuk mendapatkan idea menarik.
Ragam 3
Cara mendapatkan idea untuk menjawab soalan. Yang ni paling menarik untuk diteliti. Macam-macam gaya. Ada yng seperti berborak sendiri, ada yang tersenyum sipu keseorangan. Tidak kurang ada yang merenung tajam sesuatu benda seperti nak makan orang.
Ada yang tersengguk (ni sebab mengantuk). Tidak kurang juga ada yang menjeling ke tepi, depan mereka (ni nak tiru)wahahhaa. Semuanya untuk memastikan idea dapat hadir dengan cepat.
Ragam 4
Pengawas peperiksaan. Ada pensyarah yang menajdi ketua pengawas. Biasanya pelajar mereka adalah pelajar majoriti di dalam ataupun mereka merupakan pensyarah bagi pelajarnya duduk di meja no 1. huhu(Sempat aku menganalisis benda macam ni)
Paling menarik, bila pengumuman “Masa sekarang pukul 4.15 petang. Selepas ini pelajar tidak akan dibenarkan keluar. JAdi kalau ada yang nak keluar, bolehlah keluar sekarang”
Tergelak seluruh pelajar yang ada di Lobi A. Menariknya, ketika itu semuanya geng-geng pendidikan tahun 3. Hahaha.
Tidak kurang juga pengawas peperiksaan yang duduk mengumpat plajar-pelajar yang ada di dalam dewan. Duduk bergelak tawa. Makan di ruang yang disediakan. Hahaha.
Hurm, secara kesimpulannya, aku telah menghabiskan semua killer paper aku yang sangat menyesakkan jiwa aku. Adoiiii. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar.
Filed under: Ilmu |
gud luck 2 u insan kerdil
bab pensyarah memang kelakar….
tapi bab duduk dan merenung tajam macam ada gaya saya ngah memikirkan jawapan gempak…haha
wan >>>tq
suhaimi >>> wahahhaaha