HARI GURU 09′ (PRACTICAL TEACHING)

DSC01709

Berkumpul dulu

Hari jumaat(29/05/09) merupakan sambutan hari guru peringkat sekolah tempat aku praktikal sekarang. Terpaksa ditangguhkan kerana para pelajar sedang menghadapi peperiksaan tatkala hari guru menjelma.

So seperti biasa sampai sahaja di sekolah pagi itu semua guru bersedialah untuk diraikan. Dengan pakaian yang cantik dan meletop (cikgu perempuan sajalah). Maka kami pun berkumpullah untuk diarak masuk. Apabila berkumpul, dapatlah dilihat betapa ramainya guru sekolah ini (145 orang)

Walaupun bilangan guru yang ramai, namun guru lelaki tetap kaum minoriti di sini. Cikgu praktikal adalah 6 orang dan guru yang sebenar adalah dalam 10 orang. Maka nisbahnya 16 : 129 (Marilah ramai-ramai menjadi guru lelaki)

DSC01711

Cikgu praktikal lelaki SMK …

 

DSC01716

Diiring masuk naik ke pentas itu

Setelah diarak masuk oleh pasukan KRS sekolah, maka kami pun beradalah di atas pentas untuk berikrar dan juga menyanyikan lagu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan juga Kasih Sayang. Sumbang atau tidak bukanlah persoalan, tetapi keikhlasan setiap guru itu menyanyikan lagu ini adalah lebih penting. 

DSC01718

Main suap-suap pula

 Selesai menyanyi, acara memotong kek yang disempurnakan oleh YDP PIBG, Pengetua dan semua GPK di bawah pentas. Dah potong adalah acara suap-menyuap dari pelajar kepada Puan Pengetua(comelkan???)

Tatkala semuanya selesai, acara diteruskan dengan perutusan dan ucapan dari Pengetua dan YDP PIBG(bosan part ni, so x de gambar)

Bila ucapan semua dah selesai, maka diteruskanlah dengan persembahan guru yang diselang selikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian anugerah guru (undian pelajar)

Banyak persembahan yang dilakukan oleh para guru. Dan yang pastinya, selaku guru pelatih, kami akan dipaksa melakukan persembahan. 2 persembahan dilakukan, 1 dari guru-guru pelatih Malaysia dan yang 1 lagi adalah guru pelatih negara China.

DSC01722

Tarian poco-poco

 Tarian poco-poco ini dipersembahkan oleh guru-guru anggun (tak sangka aku tau). Lebih menarik, tarian ini juga disertai oleh ustazah-ustazah dan hajjah (bukan menghina, tetapi lihatlah betapa sportingnya mereka dan poco-poco merupakan satu senaman)

DSC01729

Gabungan guru praktikal UM, UPSI & UKM

Guru pelatih Malaysia pula menyanyikan beramai-ramai lagu I’m Yours versi bahasa melayu (kredit untuk Abg Am dan Geng atas penyediaan lagu ini yang aku dengarkan selalu, terima kasih) 

Akulah yang menjadi vokalis utamanya. Nanti di bawah ada gamabar penuh penghayatan aku. Ahakzzz

DSC01735

Cikgu dari negara China menyanyi

 Ini pula persembahan dari guru pelatih negara China. Nampak tak belon merah yang amoi tu pegang, aku yang bagi tu. hahaha. Mereka nyanyi lagu Cina so aku memang tak pahamlah. Jadi semua orang pun lihat sajalah mereka menyanyi.

Kawan mereka pula melukis dan membuat kaligrafi tatkala yang lain menyanyi. Kreatif juga. Diakhirnya lukisan itu diserahkan kepada Puan Pengetua.

DSC01733

Mereka pula melukis dan menulis kaligrafi

 Lepastu ada pula persembahan kawad berirama guna konsep face painting. hahaha. Apa-apa sajalah mereka ini. Menarik juga, cuma banyak benda perlu diperkemaskan lagi. huhuhu.(Selaku orang yang pernah terlibat dalam arena kawad-kawad ini)

DSC01736

Dia ni pula prepare untuk kawad berirama

 Seperti biasa selesai persembahan yang terlalu meleret dan tidak pandai diatur oleh mereka yang bertanggungjawab, maka acara makan-makan pun sampai pada masanya.(Lapar gila aku)

Banyak sungguh makanan yang akan menyebabkan lemak aku bertambah. Hahaha. Tapi tidak mengapa, disebabkan aku orang yang diraikan, maka aku melantak juga. hahaha.

Pulut kuning, mihun, nasi minyak, ayam goreng, ayam rendang, laksa dan macam-macam lagi ada di atas meja untuk dipilih. Buah betik, tembikai, orange pun ada juga sebagai pencuci mulutg. Kuih jangan ceritalah banyaknya. Tak dilupakan kek yang dipotong tadi ada juga. Hehehe.

DSC01742

Arghhh, hancus diet

 

DSC01744

Pergh, kenyang gila tau

Cikgu praktikal lain kata aku bakal dapat banyak hadiah. Tapi aku dah cakap dengan mereka, tidak mungkin perkara itu berlaku, selesai acara ini buktinya.

Aku hanya dapat hadiah dari budak tusyen aku (darjah 6) terima kasih Saidatul Najihah. 1 lagi hadiah aku dapat dari pihak sekolah. Hahahhaa. so trbuktikan aku dapat sikit saja.

DSC01748

Budak tusyen aku bagi

 

DSC01749

Ni hadiah dari pihak sekolah

 Mungkin ramai di antara anda semua sudah lama tidak melihat wajah aku. Maka aku lampirkan sedikit gambar penuh penghayatan nyanyian lagu tatkala hari guru. (maklumlah, aku dah lama tidak berdebat)

DSC01726

Wajah dan penampilan terkini sebagai guru.

Terpancar gaya memegang microphone yang seperti sudah biasa ke pusat-pusat karaoke. HAhahaha. Gaya seorang pengacara pun ada juga, sebab aku sedang memegang kertas. All rounder lah aku nikan. Tiba-tiba aku jadi macam Syam, memuji diri sendiri di blog sendiri. Hahahaa. Larikkkkkk

Advertisement

MACAM-MACAM

Dalam dua tiga minggu ni aku terlalu banyak dugaan dan berita sedih yang terpaksa diterima. Entahlah. Aku sentiasa tabahkan hati ini.

Pertama semestinya tawaran debat di Singapura yang terpaksa dilupakan akibat keleewatan pemberitahuan dan masalah lain jugalah. Maka aku terpaksalah tolak.

Lepas tu, sudah semestinya berkaitan hati dan perasaan. DItembak kali kedua sememangnya sesuatu yang tidak dijangka. Adakah aku dikhianati atau tidak juga tidak dapat dipasti, kerana insan itu menyepi. Dahulu aku dapat mencari sebab dan puncanya, namun kali ini tidak ketahuan oleh ku. Pening..

2 dah pertandingan debat tidak dapat aku sertai. Debat integriti dan debat Arau. Arghhh, bosannya hidup tidak berdebat. Nak jumpa si dia juga malu rasanya. Hahahha.

Yang gembira pula.

Satunya semestinya kejayaan adik-adik aku dalam debat integriti tempoh hari. Sekadar naib johan menunjukkan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Jangan pernah kita ulangi lagi kesilapan di  pentas tempoh hariu.

Keduanya sudah semestinya dengan kerjaya guru yang sedang aku lalui. Ahahahha. Sebagai bakal pendidik yang merasa riuh rendah budak dan pelajar serta guru yang tak pernah lekang dari membeli belah dan berjual beli ianya pengalaman untuk kami semua.

Lagi apa eh nak dikongsi? Cukuplah setakat ini. Lain kali aku sambung kembali. Moga kita semua berjumpa lagi, dan apa yang penting hiburkanlah hati untuk menceriakan diri.

PROGRAM PERTAMA

Hari ini aku menjalani satu program pertama di sekolah. Hari keluarga dan juga latihan dalam perkhidmatan untuk semua guru-guru. Tapi kami jadi AJK untuk program anak mereka dan juga hari keluarga untuk guru sahaja.

Program dibuat di sebuah sungai di situ (rahsia)hahahaha. Best jugalah, maklumlah kan, di tempat yang berair terjun ni (walau tak dapat mandi).

Pagi-pagi ada sukaneka, permainan untuk guru-guru dan keluarga mereka. Best jugalah, melihat telatah guru-guru bermain. Hahaha. Rasa nak berguling aku gelak melihat telatah mereka. Padahal aku pun kena masuk team juga untuk melengkapkan mana-mana pasukan.

So aku malas nak cerita banyak, maka aku tinggalkan kalian dengan gambar ya.

DSC01658

Balut cikgu jangan tak balut

DSC01659

Lompat cikgu semua, lompat

DSC01663

Warna adik ya cantik-cantik

DSC01664

Dengar taklimat baik-baik.

DSC01668

Hadiah buat mereka yang gigih berusaha

DSC01670

Jom balik, dah penat ni

Maka berakhirlah kursus selama sehari di situ. Kepenatannya janganlah digambarkan. Arghhhh.. Aku sangat letih. Aku merindui semua kawan-kawan dan juga dirinya. Lama sudah tidak bertemu.

Kepada mereka yang mungkin merindui wajah comel aku, aku tinggalkan sekeping gambar terbaru untuk tatapan semua. hahahhaa(Sebiji macam blog Sham)

DSC01648

Semakin menginjak usia dewasa

PEJAM CELIK

Seminggu sudah sebenarnya aku berpraktikal di sekolah itu. Dari hari ke hari, aku semakin selesa berada di sana. Keadaan sekeliling telah masuk dan sebati dengan jiwaku.

Banyak cerita yang aku nak kongsikan.

Biasalah bila berbicara pasal masalah disiplin di sekolah. Hahaha. Macam-macam tau. Dari yang kutuk cikgu depan-depan. Contohnya, cikgu punya baju tak cantiklah.(Kalau kita dulu mengata belakang saja)

Kedua, ada juga yang bercium dengan pasangan mereka. Hahaha. Yang paling kelakarnya, bila orang yang ternampak mengigil kerana melihat kejadian itu. Katanya, siap ternampak lidah terjulur-julur. Hahahaha

Ketiga, tidak kurang juga yang ‘fly’ sekolah lepas itu melanggar budak lain di hadapan sekolah. Adoi, malangnya nasib.

Macam-macam lagilah. Tertawa aku mendengarnya. Sesungguhnya menjadi seorang guru sekarang bukan cabarannya untuk melahirkan masyarakat yang berilmu, tetapi masyarakat yang berguna dan berakhlak mulia. Jangan jadi penipu. Hahahaha

Dalam pada aku ke sekolah untuk praktikal, aku masih juga melatih adik-adik aku untu perdebatan. Hari ini mereka telah pun bertolak ke UTM untuk pertandingan. Semoga ilmu yang aku curahkan membuahkan hasil.

Esok pula aku perlu ke Sungai Congkak untuk hari keluarga sekolah aku dan juga ada kursus. Baru seminggu masuk pun perlu juga terlibat. Siap aku menjadi AJK untuk aktiviti di sana. Hahahha

Oklah, hal lain-lain akan aku update nanti ya. Semoga kita berjumpa lagi nanti. rindu dengan semua orang. Terutama dia.

BERMULANYA

Hari ini bermulanya kehidupan aku sebagai guru pelatih.(What????)

Pagi-pagi lagi aku sudah bangun kerana mata tidak lena mengulit mimpi. Ditambah hati yang sedikit sepi, mencari ketenangan abadi.

Aku masih risaukan baju apa nak pakai pagi ini. HAHhhahaha(bukanlah). Aku risaukan penerimaan pelajar terhadap cikgu comel ini.(mungkinkah ada yang histeria?~macam blog Syam yang suka memuji diri sendiri)

Nanti aku akan updatekan cerita menarik aku ke sekolah nanti. Arghjhhh, sesungguhnya aku kecut perut dah ni