JIWANG~MEMENUHI KEHENDAK KHAI.

sebenarnya, perempuan, aku mahu tanya;
suara siapa yang kau mahu dengar
di sebelah kuping telingamu
sebelum kau tidur?
wajah siapa yang kau mahu
sentuh di hadapan wajahmu
sebaik kau terjaga?
kerana kalau kau tanyakan
padaku seribu kali sekalipun
jawapanku tetap sama;
aku mahu di sisimu,
aku mahu kau di sisiku,
aku mahu jadi lelaki itu;
dan aku juga mahu dunia
tanpa perang, dan tiada
kanak-kanak harus kebuluran,
dan Beth Gibbons sebagai jiran,
tapi bukan semua yang
kita mahukan kita dapatkan,
dan kalau sekalipun aku
lelaki yang kau mahu,
aku tetap tak akan tahu
apa yang harus aku lakukan;
aku harap aku tahu, tapi aku
benar-benar tak tahu.

Ini sebenarnya aku ambil dari notes di Facebook yang telah dicopy paste oleh abg Tra dari blog ini http://ledisordre.blogspot.com/.

Kredit untuk beliau sebab best juga benda ni.Hehehe

p/s : Jadi Khai dah penuhi kehendak kau untuk aku berfikir tentang bini. Hahahha. Calon dah ada, cuma …(lu pikirlah sendiri)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: