HARI GURU 09′ (PRACTICAL TEACHING)

DSC01709

Berkumpul dulu

Hari jumaat(29/05/09) merupakan sambutan hari guru peringkat sekolah tempat aku praktikal sekarang. Terpaksa ditangguhkan kerana para pelajar sedang menghadapi peperiksaan tatkala hari guru menjelma.

So seperti biasa sampai sahaja di sekolah pagi itu semua guru bersedialah untuk diraikan. Dengan pakaian yang cantik dan meletop (cikgu perempuan sajalah). Maka kami pun berkumpullah untuk diarak masuk. Apabila berkumpul, dapatlah dilihat betapa ramainya guru sekolah ini (145 orang)

Walaupun bilangan guru yang ramai, namun guru lelaki tetap kaum minoriti di sini. Cikgu praktikal adalah 6 orang dan guru yang sebenar adalah dalam 10 orang. Maka nisbahnya 16 : 129 (Marilah ramai-ramai menjadi guru lelaki)

DSC01711

Cikgu praktikal lelaki SMK …

 

DSC01716

Diiring masuk naik ke pentas itu

Setelah diarak masuk oleh pasukan KRS sekolah, maka kami pun beradalah di atas pentas untuk berikrar dan juga menyanyikan lagu Guru Malaysia, Guru Pembina Negara Bangsa dan juga Kasih Sayang. Sumbang atau tidak bukanlah persoalan, tetapi keikhlasan setiap guru itu menyanyikan lagu ini adalah lebih penting. 

DSC01718

Main suap-suap pula

 Selesai menyanyi, acara memotong kek yang disempurnakan oleh YDP PIBG, Pengetua dan semua GPK di bawah pentas. Dah potong adalah acara suap-menyuap dari pelajar kepada Puan Pengetua(comelkan???)

Tatkala semuanya selesai, acara diteruskan dengan perutusan dan ucapan dari Pengetua dan YDP PIBG(bosan part ni, so x de gambar)

Bila ucapan semua dah selesai, maka diteruskanlah dengan persembahan guru yang diselang selikan dengan cabutan bertuah dan penyampaian anugerah guru (undian pelajar)

Banyak persembahan yang dilakukan oleh para guru. Dan yang pastinya, selaku guru pelatih, kami akan dipaksa melakukan persembahan. 2 persembahan dilakukan, 1 dari guru-guru pelatih Malaysia dan yang 1 lagi adalah guru pelatih negara China.

DSC01722

Tarian poco-poco

 Tarian poco-poco ini dipersembahkan oleh guru-guru anggun (tak sangka aku tau). Lebih menarik, tarian ini juga disertai oleh ustazah-ustazah dan hajjah (bukan menghina, tetapi lihatlah betapa sportingnya mereka dan poco-poco merupakan satu senaman)

DSC01729

Gabungan guru praktikal UM, UPSI & UKM

Guru pelatih Malaysia pula menyanyikan beramai-ramai lagu I’m Yours versi bahasa melayu (kredit untuk Abg Am dan Geng atas penyediaan lagu ini yang aku dengarkan selalu, terima kasih) 

Akulah yang menjadi vokalis utamanya. Nanti di bawah ada gamabar penuh penghayatan aku. Ahakzzz

DSC01735

Cikgu dari negara China menyanyi

 Ini pula persembahan dari guru pelatih negara China. Nampak tak belon merah yang amoi tu pegang, aku yang bagi tu. hahaha. Mereka nyanyi lagu Cina so aku memang tak pahamlah. Jadi semua orang pun lihat sajalah mereka menyanyi.

Kawan mereka pula melukis dan membuat kaligrafi tatkala yang lain menyanyi. Kreatif juga. Diakhirnya lukisan itu diserahkan kepada Puan Pengetua.

DSC01733

Mereka pula melukis dan menulis kaligrafi

 Lepastu ada pula persembahan kawad berirama guna konsep face painting. hahaha. Apa-apa sajalah mereka ini. Menarik juga, cuma banyak benda perlu diperkemaskan lagi. huhuhu.(Selaku orang yang pernah terlibat dalam arena kawad-kawad ini)

DSC01736

Dia ni pula prepare untuk kawad berirama

 Seperti biasa selesai persembahan yang terlalu meleret dan tidak pandai diatur oleh mereka yang bertanggungjawab, maka acara makan-makan pun sampai pada masanya.(Lapar gila aku)

Banyak sungguh makanan yang akan menyebabkan lemak aku bertambah. Hahaha. Tapi tidak mengapa, disebabkan aku orang yang diraikan, maka aku melantak juga. hahaha.

Pulut kuning, mihun, nasi minyak, ayam goreng, ayam rendang, laksa dan macam-macam lagi ada di atas meja untuk dipilih. Buah betik, tembikai, orange pun ada juga sebagai pencuci mulutg. Kuih jangan ceritalah banyaknya. Tak dilupakan kek yang dipotong tadi ada juga. Hehehe.

DSC01742

Arghhh, hancus diet

 

DSC01744

Pergh, kenyang gila tau

Cikgu praktikal lain kata aku bakal dapat banyak hadiah. Tapi aku dah cakap dengan mereka, tidak mungkin perkara itu berlaku, selesai acara ini buktinya.

Aku hanya dapat hadiah dari budak tusyen aku (darjah 6) terima kasih Saidatul Najihah. 1 lagi hadiah aku dapat dari pihak sekolah. Hahahhaa. so trbuktikan aku dapat sikit saja.

DSC01748

Budak tusyen aku bagi

 

DSC01749

Ni hadiah dari pihak sekolah

 Mungkin ramai di antara anda semua sudah lama tidak melihat wajah aku. Maka aku lampirkan sedikit gambar penuh penghayatan nyanyian lagu tatkala hari guru. (maklumlah, aku dah lama tidak berdebat)

DSC01726

Wajah dan penampilan terkini sebagai guru.

Terpancar gaya memegang microphone yang seperti sudah biasa ke pusat-pusat karaoke. HAhahaha. Gaya seorang pengacara pun ada juga, sebab aku sedang memegang kertas. All rounder lah aku nikan. Tiba-tiba aku jadi macam Syam, memuji diri sendiri di blog sendiri. Hahahaa. Larikkkkkk