SELAMAT DATANG

Selamat datang kepada semua pelajar baru yang akan menuntut ilmu di UKM ini. Orang kata carilah ilmu sampai ke negara China (tapi sekarang dah tak perlu pun). Mulakan langkah ini dengan penuh yakin untuk menjadikan diri sendiri lebih matang menempuh kehidupan.( CEwah, pengalaman mendewasakan).

Selamat datang juga kepada pelajar baru yang akan menyertai pertandingan debat MMP (aku sepatutnya ketua hakim, tapi sebab praktikal aku lepaskan lah jawatan itu.) Ingat, apa yang penting???~Kerjasama dan komitmen serta kehendak~

Selamat datang juga kepada semua hakim jemputan untuk debat minggu orientasi ini. Dengar kata rakan pendebat dari UPSI, UPNM, UPM, UiTM dan UNITEN akan ada bersama untuk memeriahkan suasana. Maaf kita berjumpa lewat petang saja.

Selamat datang jugalah kepada aku yang bakal memasuki tahun terakhir di UKM ini. Banyak sejarah dan kenangan akan kutinggalkan setahun saja dari sekarang (Cewah, cam dah nak habis study dah). Pejam celik, aku sudah berada di sini 3 tahun.

Selamat datang juga ku hulurkan buat pensyarah yang akan menyelia aku untuk latihan mengajar ini (Masalahnya, tak tahu siapa dan bila akan tiba) Sedihnya aku kerana terpaksa menunggu dan bersedia. tahukah anda penantian itu satu penyeksaan. hahahaa

Secar kesimpulannya, SELAMAT DATANG!!!

SEPINTAS LALU

  1. Aku baru balik debat di UNIMAS. Sedih kekalahan menjelma lagi. Mungkin belum rezeki darinya, atas usaha yang kurang dari kami.
  2. Aku sudah mula mengajar. Hari pertama kurasakan teruk sekali. Maklumlah, belum warmup lagikan. Hahahaha.
  3. Aku sudah kenal dengan Cikgu Azwita. Hahaha. Macam segan pula bila blog tempat melagho ini terkantoi. hahahaha
  4. Adik-adik debat aku ke debat kepenggunaan di UTHM. Semoga mereka semua berjaya.
  5. Banyak perkara membelenggu aku sekarang. Arghhhh, pening. Ehekzz
  6. Jumaat sampai sabtu jadi hakim untuk debat TNC (budak-budak sekolah punya pertandingan)
  7. Tadi dapat borak dengan kawan lama di matriks. Rindu dekat kau Safwan. hahaha. Bila nak main bola TAmpar lagi ni? Bowling? MAsjid?hahaha
  8. Orang sekeliling semua buat hal. Nak kena sepak ni. Malas nak layan. Baik aku diam saja buat tak tahu.
  9. Kereta aku tadi buat hal manja-manja. Nasib dah elok, sayang kereta aku. Hahaha
  10. Aku sangat kesibukan dalam beberapa hari ini mengatur kembali kehidupan yang telah dikelam kabutkan. Hahaha3000044449_8479480792

MARI BERKAHWIN (MODE GATAL)

Ini adalh tagged merapu yang aku dapat dari mr izuddin UDM. hahahaha. Kalau sesiapa rasa nak buat tagged i bolehlah cuba dalam hati.hahahhaa

Jangan tersinggung dengan penulisan dan entry kali ini jika terlucah atau tergetek. hahaha

 

How old are you?
– 22 tahun 3 bulan sudahhhh. ish, meniti usia kematangan

Are you single?
– of courselah kan…sape nak isi borang bolehlah, amik kat kaunter yer (sambil menuding jari menunjukkan kaunter pertanyaaan)

At what age do you think you’ll get married?
-27 ke atas, tapi kalo x tahan kahwin awal…ahakzzz

Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
– sekarang nie sape???ahakzzz,so no komen.

If not, who do you want to marry?
– if not, carilah lain. ahakzzzz

Who will be your bridesmaid or your bestman?
– dia..

 Do you want a garden/ beach or traditional wedding?
dua-dua. pakcik kayo…….hahahaha

Where do you plan to go for honeymoon?
-pergi minum madu di bawah cahaya rembulan…..(honeymoon)

How many guest do you think you’ll invite?
– semua kengkawan aku, sedara mara dan tidak dilupakan kepada bekas-bekas skandal aku(sapekah)

Will that include your exes?
– perlu ke x jemput(siapa suruh dulu tinggalkan aku)

How many layers of cake do you want?
– cakes????nanti aku tanya si dia(bdget romantis)

When do you want to get married? Morning or evening?
– siang sanding, malam sebelumnya nikahlah. malam tue kahwinlah(apekah,tetttttt)

Name the song/tune you would like to play at your wedding?
– sampai syurga.tiba2 jahhhh. aku nak lagu-lagu al quran berkumandang (ahakzzz, terbakar semua orang)

Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
– sehingga menjilat jari lagi best

Champagne or wine?
– kenapa x nak tanya wisky???

Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
– di mana sahaja aku honeymoon….ahakzzzz(getek siot aku)

Money or household items?
-its all about money, money, money

How many kids would you like to have?
– 1 team bola sepak boleh x??hahahahhaa..Insyaallah, rezeki dariNya

Will your record your honeymoon in DVD and CD?
– rekodlah, lepastu nak gelak-gelak bila tengok balik.hahaha

 

 

DEBAT PERPADUAN KEMBALI

Edisi debat perpaduan kali ini menjengah kembali tatkala semua orang sedang dilamun percutian indah (Budak UKM x cuti ya, kerja urusan Minggu Orientasi belum selesai ditambah pertandingan debat yang banyak gila mas cuti ni. jeles aku)

Perpaduan kali ini lebih menarik disebabkan pertandingan diadakan di UNIMAS Sarawak. Seperti biasa latihan pusat UKM berjalan juga disamping kerja menguruskan pelbagai debat lain (minggu orientasi, debat Timbalan Naib Canselor)

Selaku Ketua Debat Bahasa Melayu UKM, maka di kala aku berpraktikal ini, aku perlu juga memantau segala persiapan kerja adik-adik yang lain. Maka aku lebihlah laginya sibuk aku ni. Kalah menteri dah. hahaha.

Perpaduan kali ini membariskan pendebat-pendebat …(Biarlah rahsia). nantikan kemunculan orang-orang ini di UNIMAS. Kejutan menanti anda. Ahakzzzz (Tak betul dah aku ni)

Kalau bercerita pasal usul debat perpaduan, memang banyak yang subjektif dan memerlukan pemikiran kreatif dan sentimen yang sangat tinggi. (Yeke??? suka suki aku jer kan) Tema paling banyak pastnya berkaitan Satu Malaysia.

Hurm, jadi semoga berjayalah kepada semua. Buat team UKM. Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rezeki buat kita semua.

MEWAYANGKAN DIRI

Hari ini aku mungkin nak pergi tengok wayang cerita “Syurga Cinta”. Ahakz. Maklumlah, latihan debat berhenti rehat untuk seketika. Jadi manfaat dan peluang harus digunakan sebaiknya untuk melagho. HAhahaha.

Hari ini mungkin keluar bersama Suhaimi, Daus dan juga Mira kot. Tengoklah macam mana, janji nak enjoy. Ini poster cerita itu :-

Filem_Syurga_Cinta

~Kredit dari Flickr~

Sebenarnya dalam amsa lebih kurang seminggu kebelakangan ini, agak galak juga aku tengok wayang. Dari satu filem ke filem yang lain telah aku tontoni (Pergh ayat poyo).

Mulanya hari Khamis yang lalu, bersama Abg Bob dan Abg Hasrul. Abg Bob tiba saja SMS aku petangnya ajak tengok wayang malamnya. Hahaha. Aku yang memang kebosanan tahap cipan, teruslah setuju. Abg Bob belanja makan dan tengok wayang. Murah rezeki aku sebab orang belanja. Murah juga rezeki Abg Bob sebab belanja. Terima Kasih daun keladi.

3539550422_b09e1f65ba

~Alamak bahasa lain plak~

Tak cukup dengan itu (cam ayat debat plak), hari ahad yang lalu aku pergi tengok budak berdebat dekat Alam Shah. Habis tengok, dah tak tahu nak buat pa. Maka terpacullah idea untuk menonton wayang. Maka kami gigihkan diri untuk ke Alamanda untuk tengok wayang.

Justeru,kami teruslah membeli tiket pada jam 11 pagi walaupun pada ketika itu jam menunjukkan pukul 10.45 pagi. hAhahaha. Kami tonton cerita Terminator Salvation. Menarik jugalah, sebab banyak action.

3096933393_1dc9dbdb14

Aksi banyak tau

Justeru sekarang ini, aku tenagh bersiap-siap nak tengok wayang. Hahahha. Mari menonton selagi masih ada masa. hahaha