DEBAT PERPADUAN KEMBALI

Edisi debat perpaduan kali ini menjengah kembali tatkala semua orang sedang dilamun percutian indah (Budak UKM x cuti ya, kerja urusan Minggu Orientasi belum selesai ditambah pertandingan debat yang banyak gila mas cuti ni. jeles aku)

Perpaduan kali ini lebih menarik disebabkan pertandingan diadakan di UNIMAS Sarawak. Seperti biasa latihan pusat UKM berjalan juga disamping kerja menguruskan pelbagai debat lain (minggu orientasi, debat Timbalan Naib Canselor)

Selaku Ketua Debat Bahasa Melayu UKM, maka di kala aku berpraktikal ini, aku perlu juga memantau segala persiapan kerja adik-adik yang lain. Maka aku lebihlah laginya sibuk aku ni. Kalah menteri dah. hahaha.

Perpaduan kali ini membariskan pendebat-pendebat …(Biarlah rahsia). nantikan kemunculan orang-orang ini di UNIMAS. Kejutan menanti anda. Ahakzzzz (Tak betul dah aku ni)

Kalau bercerita pasal usul debat perpaduan, memang banyak yang subjektif dan memerlukan pemikiran kreatif dan sentimen yang sangat tinggi. (Yeke??? suka suki aku jer kan) Tema paling banyak pastnya berkaitan Satu Malaysia.

Hurm, jadi semoga berjayalah kepada semua. Buat team UKM. Semoga ALLAH sentiasa melimpahkan rezeki buat kita semua.

Advertisements