PERLU KE?

Dalam kita menyampaikan mesej, aku kira kita tidak perlu menjerit-jerit dan terlalu laju.

Dengan sistem pembesar suara yang telah wujud maka suara yang menjerit dan terlalu laju akan menyebabkan tiap butir bicara kita menjadi speerti mendengar kaset rosak.

Mungkin benar penekanan perlu diberikan, tapi bukan dengan nada menjerit dan marah-marah. Ini menyebabkan mesej yang ingin disampaikan tidak menemui gegendang pendengarnya. Maka mesej gagal untuk disampaikan.

Perlu ke juga, untuk menjerit-jerit ketika memohon sesuatu dariNya. Kalau ya pun mungkin ada maksud tersirat yang ingin disampaikan, mungkin bukan dengan cara memarahi ketika kita ingin memohon sesuatu untuk orang lain.

Aku mungkin tidaklah sehandal yang lain untuk memberi ilmu, tapi selaku orang yang inginkan ilmu, itu bukanlah caranya untuk aku berjaya dapatkan ilmu dan mesejnya.

p/s : Paan kata seronok mendengar khutbah di KUIS. Aku juga seronok mendengar khutbah di Masjid UKM

Aku sedang memikir-mikirkan sesuatu pemikiran yang telah difikirkan agar suatu pemikiran yang baru dapat difikirkan.

Advertisement

LAPORAN DEBAT ALAM SEKITAR 09

Kontinjen UKM seramai 14 orang dan seorang pegawai telah pun ke UTP Tronoh untuk pertandingan ini. Berbekalkan semangat dan harapan kaki ini melangkah ke sana. Semangat juang tinggi dengan dorongan dan sokongan Alumni UKM yang sudi membantu.

5860_1190092825559_1025492266_621141_6473287_n

Kali pertama kontinjen paling ramai dihantar.

Seperti yang aku katakan, edisi kali ini aku digabungkan bersama junior aku. Inilah wajah mereka yang sentiasa berangan cantik dan hensem tu. Hahaha.(Jangan marah ya, gurau jahhh)

5334_1092522081009_1465240999_285632_2139588_n

Kami memang kacak dan hensem. ahhaha

Analisa pertandingan :

Pusingan 1 : Penerokaan Hutan Membawa Faedah

UNITAR vs UKM (Menang, margin 8.67, juri 3-0, pendebat terbaik Shafiq-UKM)

Pusingan 2 : Penggunaan pembungkus plastik perlu diharamkan

UKM vs UTM (Menang, margin 3.5, juri 2-1, pendebat terbaik Anuar-UKM)

Pusingan 3 : Earth hour perlu diteruskan

UKM vs USM (Kalah, margin 3, juri 2-1, pendebat terbaik Anuar UKM)

Pusingan 4 : Kereta hybrid hanya menguntungkan pengeluarnya

USIM vs UKM (Menang, margin 5.67, juri 3-0 pendebat terbaik Anuar UKM)

Pusingan 5 : Dunia memerlukan teknologi biofuel

UM vs UKM (kalah, margin 2, juri 3-0 pendebat terbaik Azri UM)

Pusingan 6 : Perdagangan karbon menjual alam sekitar

UKM vs UTEM (Menang, margin 5.67, juri 3-0 pendebat terbaik Anuar UKM)

Setelah melalui 6 pusingan awal, maka UKM berada di kedudukan ke-5 dalam liga. Seterusnya melayakkan diri ke peringkat suku akhir untuk hari yang ketiga.

Pusingan suku akhir : Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar lebih effektif daripada insentif ekonomi.

UKM vs UPM (Kalah, margin 1.5, juri 4-1, pendebat terbaik Syamsul UPM)

Ini telah menyebabkan perjalanan debat UKM terhenti untuk edisi kali ini.

6140_1117720979556_1122956930_30357979_7381146_n

Nilah wajah ketika suku akhir

Anak murid sekalian : Sebelum perdebatan bermula setiap pasukan akan hanya mempunyai 30 minit untuk bersedia. Sesi yang dinamakan kuarantin akan berlaku. Hanya 4 orang pendebat itu saja yang akan duduk bersama tanpa gangguan dari orang lain.

5452_1200871298952_1143651507_609807_3327724_n

Inilah dia. Mari berfikir!!!

Akibat daripada kekalahan yang telah diterima,maka malam itu, pasukan UKM dan UIA telah pun bertarung dalam final acara REGU. Whahaha. Kami telah berjaya menumpaskan UIA dengan margin 1.wahahha

5860_1190104265845_1025492266_621199_8286520_n

Kami yang hebat!!!

Bagi menghargai adik-adik debat aku malam itu, kami sepasukan belanjalah mereka sedikit kek untuk meraikan usaha yang telah kami lakukan. Ikatan yang terbina seakan keluarga pasti takkan dilupakan. Segala pengorbanan dan usaha itu Insyaallah akan dibalas. Jangan pernah kita semua putus asa.

5860_1190104305846_1025492266_621200_206678_n

Hadiah dari hati.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan saya. Sayang anda semua!!!

6140_1117721419567_1122956930_30357985_6029278_n

Merahmu bara semangat waja.

BERITA RINGKAS

Semalam aku telah berjaya menjadi johan Pidato. Walaupun ini kali pertama, mungkin kelebihan berdebat yang ada, sedikit sebanyak membantu aku. Itulah orang kata, masuk debat tidak rugi, semua benda pun boleh buat. Berdebat, pengerusi majlis, berpantun, berucap dan sebagainya boleh saja dilakukan.

Image1125

Gaya dah macam berdebat.hahaha

Semoga kejayaan ini akan diteruskan untuk pertandingan debat universiti yang akan berlansung nanti, doakan aku ya.

DEBAT ALAM SEKITAR 09

Sebelum berbicara tentang debat ini, maaf terlebih dahulu kepada semua yang mungkin tidak terlayan pesanan ringkasnya oleh aku. Maaf juga kepada mereka yang mungkin melihat aku tidak lagi melayan mereka, aku mungkin terlalu sibuk mengatur kehidupan yang sedikit bercelaru. (Terutama kepada Syahmi yang Ym cikgu nak bagi gambar)

Kembali ke cerita sebenar. Aku akan mewakili UKM sekali lagi untuk Debat Alam Sekitar 09 untuk kali yang ketiga.(Mesti semua orang dah bosan tengok aku,hahahha)

Team UKM akan dibarisi gandingan Senior dan Junior debat. Mungkin gandingan yang tidak pernah disaksikan oleh mana-mana pasukan lain. Ala-ala team eksperimen lagilah. Insyaallah, segalanya pasti berjalan lancar. Gandingan Shafiq Mahadi (1st speaker), Norkhairiah Hamzah (2nd speaker) dan aku sendiri (3rd speaker) dan simpanan internet kami, Asri.

Tidak apa yang mampu aku ucapkan, selain memohon anda semua bersama berdoa untuk kejayaan kami. Berdoalah, moga kejayaan akan dapat kami kecapi untuk edisi kali ini.(Buat anak- anak murid cikgu, berdoa ya untuk cikgu anda ini)

Ucapan terima kasih yang teramat sangat buat Abg Bob yang sanggup melapang masa untuk membantu kami. Insyaallah segalanya akan kami cuba yang terbaik. Ucapan terima kasih awal saya ucapkan buat Abg Hasrul dan Aria yang akan turun sama ke UTP untuk memberi sokongan kepada kami. Semoga apa yang anda lakukan diberi ganjaran olehNya.

Aku sekarang ini pun, telah pun kembali menjadi pelajar. Kehidupan yang memenatkan (padahal 2 hari tak ada kelas). Ditambah dengan rezeki yang ALLAH berikan dengan kelas tuisyen, aku begitu bersyukur. Semoga ALLAH akan sentiasa mengekalkan pemberian rezekiNya kepada hambanya ini.

Hari ini dalam sejarah juga sebenarnya. buat pertama kalinya dalam hidup aku, pertandingan pidato aku sertai. hahaha. Insyaallah, malam ini pengumuman keputusan. Akan ku coretkan sesuatu untuk anda tengah malam ini.

Lupa nak dikhabarkan, aku akan ke UTP pada hari Jumaat ini sehingga Selasa minggu hadapan. Sesiapa yang ingin berhubung sila menggunakan talian yang telah disediakan.

Jumpa lagi nanti di alam maya ini. Tempat meluah rasa dan perasaan.

2

TAMATNYA DI SINI

Semalam berakhir sudah perjalanan hidup aku sebagai seorang guru pelatih di SMK Saujana Impian Kajang. Berakhirlah, juga rutin harian aku bangun awal pagi, bersiap ke sekolah, bersengkang mata menyiapkan rancangan mengajar (yeke??) dan sebagainya.

Berakhir juga lah aku untuk tertawa sendirian mengingatkan ragam anak-anak murid aku di sini. Gelak tawa, ragam dan perangai akan menjadi kenangan yang abadi dalam hidup aku (ayat nak puji anak murid yang baca blog ini)

Dalam aku gembira menjalani kehidupan aku seharian semalam, malamnya aku di khabarkan dengan pemergian ayah kepada rakan aku dalam bidang pendidikan fizik ini. Semoga pemergian ayahnya tidak pernah menamatkan usahanya di UKM ini. Perjalanan yang tinggal hanya fasa terakhir di sini.

Tamatnya segala kisah ini, maka akan bermulalah kisah baru aku sebagai pelajar tahun akhir di UKM ini. Kisah yang tidak akan pernah sepi dari sgeala dugaan. Cuma harapannya, dugaan ini akan sentiasa aku tempuhi dengan tenang dan berjalan lancar.

Maaflah kepada semua kerana tidak dapat masukkan sekali gamabr kenangan. Hari semalam aku hanya menggunakan kamera mereka. Semoga mereka hantarkan kepada aku.

Apa yang aku sedang lakukan sekarang?

Aku sangat sibuk dengan urusan akademik dan pengurusan debat. Aku juga sibuk mengatur kembali kehidupan yang sudah agak bercelaru. Hahahaha. nanti aku update lagi ya. Daaa.