ADAB SEORANG GURU

~Mode serius sedikit~

Tatkala kita menjadi guru, kita selalu menasihati anak murid untuk menghormati kita. Kita sering cuba menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak murid kita untuk mereka sentiasa bersopan santun dan beperkerti mulia.

Namun sedarkah juga kita, di dalam profesion perguruan ini juga, kita perlu untuk menghormati anak murid dan juga menghormati rakan guru yang lain. pada tatkala kita ingin dihormati, biasanya kita perlu terlebih dahulu menghormati orang lain.

Mungkin kerana kadang-kadang kita ini berada di tempat yang lebih tinggi, namun bukan bermakna kita boleh merendahkan orang di bawah kita. Juga ini bukan bermakna, kita ingatkan orang yang sedang menimba ilmu ini adalah orang yang tidak benar dari segala aspek. Contohnya, kalau pelajar kita salah sekali pun, adakah kita akan merendahkan mereka?Tidak!!!

Jadi mengapakah kita yang sudah pun bergelar guru tidak boleh bertindak sebagai seorang guru yang pandai menghormati orang lain? Kenapa kita seorang yang bernama guru ini tidak bijak menguruskan situasi?

Jangan hanya kita pandai mendeklamasikan sajak Usman Awang kononnya tatkala Raja memerintah kerana kita sebagai guru yang mendidik. Kita juga perlu sedar anak murid tidak pandai menghormati kita, kerana kita tidak pandai menghormati orang lain.

~Aku memang sedang sedikit emosi dikala kepenatan~

Advertisement