Ada apa dengan tarikh ini???
Hanyalah tarikh bagi hari Jumaat untuk tahun 2009.
Mungkinkah ada yang lebih penting dari itu?
Aku sudah menamatkan minggu kedua terakhir latihan mengajar. Masa yang begitu cepat berlalu. Ilmu yang belum sempat dikumpul. Pengalaman yang secebis untuk bekalan masa depan.
Mungkin ada yang lebih penting?
Mungkin untuk orang lain, tapi bukan untuk diriku. Mungkin bermakna bagi orang lain, tapi bukan untuk diriku. Mungkin satu kenangan pahit untuk seseorang, tapi bukan untuk diriku. Dan mungkin juga kenangan manis untuk seseorang, tapi yang pasti bukan untuk diriku. Aku? Tarikh biasa yang akan menjadi lipatan hari sejarah yang pernah aku lalui.
Mungkin akan ada yang lebih penting?
Hanyalah tarikh untuk aku menonton wayang bersama rakan. Cerita yang mungkin boleh membuat aku tertawa dan gembira. Aktiviti yang hanyalah untuk mengisi kekosongan waktu malam bersama kawan.
Mungkin ada yang lebih penting?
Luu pikirlah sendiri.
Filed under: Hidup |
nak tahu juga cikgu te’gok cite ape,best ke?