SIAPA SALAH???

Siapakah yang mungkin bersalah sebenarnya?

Dahulu helmet aku dicuri oleh pelajar di sekolah. Keadaan ini mungkin salah aku sebab meletakkan helmet tanpa dikunci dengan betul. Tapi dia lagi bersalah, sebab mengambil hak yang bukan kepunyaan dirinya.

Baru tadi motor aku ditinggalkan kenangan air ludah ‘kau’ yang buruk itu di atas tempat duduk. Yang ini aku tidak pasti jika ada kesalahan yang aku lakukan. Tapi yang pasti ‘kau’ memang bersalah sebab meludah di atas motor aku. Apa motifnya?

Kadangkala, kita perlu ingat, bukan sekadar guru yang mengajar dan masuk dalam kelas kita sahaja yang perlu dihormati, tetapi semuanya. Lebih-lebih lagi jika orang yang lebih berumur. Bukan juga hanya menghormati guru yang sebenarnya guru, tetapi juga guru yang sedang menimba ilmu untuk menjadi guru ini.

Aku selalu berpegang, kita jangan sesekali kurang ajar dengan orang yang memberikan kita ilmu, kelak hidup mesti tidak diberkati. Rezeki sukar diperolehi, hidup caca merba dengan masalah dan yang pasti sukar untuk ditangani. percayalah!!!

Jadi aku tidak tahulah, siapa yang bersalah sebenarnya. Aku atau “kau”

petunjuk = “kau’ kerana tidak sampai hati nak panggil binatang. Sebab hanya binatang sahaja yang bertindak tanpa berfikir.

p/s : Terlebih mengekspresi emosi. Tidak faham dengan budak-budak zaman sekarang yang semakin tidak menghormati guru (bukan kerana aku seorang guru,tetapi kerana aku adalah orang yang menimba ilmu juga)