TAMATNYA DI SINI

Semalam berakhir sudah perjalanan hidup aku sebagai seorang guru pelatih di SMK Saujana Impian Kajang. Berakhirlah, juga rutin harian aku bangun awal pagi, bersiap ke sekolah, bersengkang mata menyiapkan rancangan mengajar (yeke??) dan sebagainya.

Berakhir juga lah aku untuk tertawa sendirian mengingatkan ragam anak-anak murid aku di sini. Gelak tawa, ragam dan perangai akan menjadi kenangan yang abadi dalam hidup aku (ayat nak puji anak murid yang baca blog ini)

Dalam aku gembira menjalani kehidupan aku seharian semalam, malamnya aku di khabarkan dengan pemergian ayah kepada rakan aku dalam bidang pendidikan fizik ini. Semoga pemergian ayahnya tidak pernah menamatkan usahanya di UKM ini. Perjalanan yang tinggal hanya fasa terakhir di sini.

Tamatnya segala kisah ini, maka akan bermulalah kisah baru aku sebagai pelajar tahun akhir di UKM ini. Kisah yang tidak akan pernah sepi dari sgeala dugaan. Cuma harapannya, dugaan ini akan sentiasa aku tempuhi dengan tenang dan berjalan lancar.

Maaflah kepada semua kerana tidak dapat masukkan sekali gamabr kenangan. Hari semalam aku hanya menggunakan kamera mereka. Semoga mereka hantarkan kepada aku.

Apa yang aku sedang lakukan sekarang?

Aku sangat sibuk dengan urusan akademik dan pengurusan debat. Aku juga sibuk mengatur kembali kehidupan yang sudah agak bercelaru. Hahahaha. nanti aku update lagi ya. Daaa.