PERLU KE?

Dalam kita menyampaikan mesej, aku kira kita tidak perlu menjerit-jerit dan terlalu laju.

Dengan sistem pembesar suara yang telah wujud maka suara yang menjerit dan terlalu laju akan menyebabkan tiap butir bicara kita menjadi speerti mendengar kaset rosak.

Mungkin benar penekanan perlu diberikan, tapi bukan dengan nada menjerit dan marah-marah. Ini menyebabkan mesej yang ingin disampaikan tidak menemui gegendang pendengarnya. Maka mesej gagal untuk disampaikan.

Perlu ke juga, untuk menjerit-jerit ketika memohon sesuatu dariNya. Kalau ya pun mungkin ada maksud tersirat yang ingin disampaikan, mungkin bukan dengan cara memarahi ketika kita ingin memohon sesuatu untuk orang lain.

Aku mungkin tidaklah sehandal yang lain untuk memberi ilmu, tapi selaku orang yang inginkan ilmu, itu bukanlah caranya untuk aku berjaya dapatkan ilmu dan mesejnya.

p/s : Paan kata seronok mendengar khutbah di KUIS. Aku juga seronok mendengar khutbah di Masjid UKM

Aku sedang memikir-mikirkan sesuatu pemikiran yang telah difikirkan agar suatu pemikiran yang baru dapat difikirkan.