SALAM SEMUA

Salam semua,hari ini dah masuk seminggu lebih kita berpuasa. Mesti  dah banyak duit yang anda semua habiskan untuk membeli makanan berbuka kan?Hahahha

Salam semua, dah beli barang-barang keperluan raya?(Pergh, puasa pun baru seminggu). yelah, orang perempuan nak tempah bajulah semua, lelaki pun sama gak kan. jadi apa salahnya aku nak bertanya.Heheheh

Salam semua, pembelajaran anda semua bagaimana pula?(Skemanya, maklumlah ramai anak murid baca blog ni) Sibukkah anda semua menyiapkan segala benda alah itu? Semoga cepat saja siapnya!!!

Salam semua, hidup sehari-hari baik? Hendaknya sentiasa dipermudahkan. Semoga saya juga akan dipermudahkan dan dilancarkan olehNya. Marilah kita sentiasa berdoa.

Kredit photo from flickr..

3656826971_6d31c931ab

Advertisements

RAMADHAN

KAU datang lagi,

Bawa rahmat dariNya,

Mengampun dosa.

 

KAU datang lagi,

Bawa sinar dariNya,

Menyuluh jiwa.

 

KAU datang lagi,

Limpahan rezeki,

Memberi cahya.

 

KAU datang lagi,

RAMADHAN yang mulia,

Aku gembira. 

 

3135310510_5768cb8ee1

FoTo kredit to tuan punya!!!

KERJA

Sekarang aku banyak sangat kerjanya.

Kerja Sains kehidupan, kerja penulisan ilmiah, teks pidato, kuiz, problem sheet dan macam-macam lagi. Semuanya seakan tak terjangkau dan terkejar dek aku untuk siapkannya.

Bahagian palng membosankan, semuanya perlu untuk di baca. Sedangkan, habit aku memang malas membaca. Hahaha.

Entahlah, aku terlalu sibuk sekarang, alangkah baiknya jika ada yang sudi meneman (tiba-tiba jiwang karat plak). Boleh menenangkan jiwa, menghiburkan perasaan, menghilangkan rasa kepenatan. Hehehe.

Oklah, aku akan sibuk lagi, tak tahu bila akan berpeluang menulis lagi!!!

MELAGHO

Dalam masa di awal semester ni, banyak betul cerita di panggung wayang telah aku tonton. Hahahha. Lepas satu, satu lagi aku tonton. Habis dah duit ku laburkan menonton wayang. Hehehe.

Mari aku review sikit-sikit cerita yang aku dah tengok.

Mulanya cerita SETEM. Arahan Khabir bahtiar yang lawak nak mampus ni. Hahaha. Cerita ni sangatlah mneghiburkan. Memperlihatkan konsep 1 Malaysia di dalam garapan cerita, dengan lawak santai, cerita ini memang berjaya mencuit hati dan perasaan. Marilah menontonnya.

setem11

Cerita seterusnya adalah cerita G I JOE. Cerita ni macam ala-ala komik biasalah. Fantasi yang membawa kita melihat perkembangan teknologi dalam bidang perfileman orang asing.

Cerita aksi yang menarik, dengan plot cerita yang kemas. Boleh dikatakan sesuai dan best bila ditonton di wayang(sebab sistem bunyi). So ramai-ramailah pergi tengok ya.

gi_joe_poster

Cerita yang terakhir aku nak review ni pasal cerita kat wayang yang dah lama habis, tapi aku baru sempat tengok semalam. Cerita Talentime. Arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Cerita ni sangatlah menarik. Konsep satu Malaysia yang digarapkan dan semngat perpaduan dan elemen menyentuh jiwa mampu meruntun jiwa yang menonton.

talentime_final_424x600

Semua cerita di atas harus anda tontoni ya. Sangat best!!!!

REHAT & CUTI

Aku nak balik rumah. Rehat dan cuti. Tenangkan minda, redakan jiwa.

Kemaskan diri, serikan hati.

Senyumkan wajah, hilangkan marah.

Copy of P2280028