MELAGHO

Dalam masa di awal semester ni, banyak betul cerita di panggung wayang telah aku tonton. Hahahha. Lepas satu, satu lagi aku tonton. Habis dah duit ku laburkan menonton wayang. Hehehe.

Mari aku review sikit-sikit cerita yang aku dah tengok.

Mulanya cerita SETEM. Arahan Khabir bahtiar yang lawak nak mampus ni. Hahaha. Cerita ni sangatlah mneghiburkan. Memperlihatkan konsep 1 Malaysia di dalam garapan cerita, dengan lawak santai, cerita ini memang berjaya mencuit hati dan perasaan. Marilah menontonnya.

setem11

Cerita seterusnya adalah cerita G I JOE. Cerita ni macam ala-ala komik biasalah. Fantasi yang membawa kita melihat perkembangan teknologi dalam bidang perfileman orang asing.

Cerita aksi yang menarik, dengan plot cerita yang kemas. Boleh dikatakan sesuai dan best bila ditonton di wayang(sebab sistem bunyi). So ramai-ramailah pergi tengok ya.

gi_joe_poster

Cerita yang terakhir aku nak review ni pasal cerita kat wayang yang dah lama habis, tapi aku baru sempat tengok semalam. Cerita Talentime. Arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.

Cerita ni sangatlah menarik. Konsep satu Malaysia yang digarapkan dan semngat perpaduan dan elemen menyentuh jiwa mampu meruntun jiwa yang menonton.

talentime_final_424x600

Semua cerita di atas harus anda tontoni ya. Sangat best!!!!