GERIK : PENGALAMAN MENDEWASAKAN

Pada 4, 5 dan 6 september yang lalu (walaupun dalam puasa) aku ke Gerik Perak untuk menyelesaikan tugasan berkumpulan berkaitan dengan orang asli di sana. Selain dari kumpulan aku, terdapat 2 lagi kumpulan yang membuat tugasan di kampung yang berdekatan dengan kampung lawatanku. Kampung Orang Asli Semelor.

P9040645

Cantikkan??

Namun kampung yang secantik ini, tidaklah mengambarkan perjalanan yang mudah. Menggunakan kenderaan pacuan 4 roda milik U, membawa kami sekumpulan mengharungi perjalanan 9 KM, dengan jalan balak(tanpa tar sempurna) di sebe;ah laluan cerun gunung dan bukit memang sangatlah mencabar. Namun atas kecekalan, maka kami teruskan jua!!!Tak percaya?

P9050048

Ni sebahagian perjalanan

Namun seperti biasalah, sebelum bergerak pelbagai persiapan dilakukan. Kami mengumpul baju dan membawa pelbagai barangan untuk diberikan kepada penduduk di sana.

P9030543

Ain n Azi tengah kemas-kemas

3 Hari kami naik turun kawasan itu untuk mendalami cara hidup dan berinteraksi dengan orang asli ini. Namun mereka ni ada satu sifat yang mungkin manusia seperti kita ni sudah kehilangannya, iaitu perasaan malu. Hahaha. Tapi mereka ini terlalu pemalu, namun bila sudah biasa, mereka seperti kita juga, banyak cerita dan mudah berinteraksi dengan mereka.

P9050112

Mulanya sukar dan berbual, namun kahirnya tak perlu tanya sudah diceritakan.

Banyak jugalah aktiviti yang kami lakukan di sana. Bermain dengan kanak-kanak tadika mereka. aktiviti mewarna, sukaneka dan macam-macam lagi.

 

P9060093

Aku tengah tekun mengajar ni.

P9060046

Lari dik lari.. YEhaaa

P9060138

Adik nak gula?Salam dulu!!!

Jadi tugsana kami berjalan dengan begitu mudah sekali. Dengan keramahan penduduk kampung terutama Tok Penghulu Samad memudahkan lagi urusan kami. Nak tengok wajah garang dia??Hehehe

P9040628

Segak bergaya orangnya..

Sepanjang tugasan ini dilakukan, kami dipantau oleh pensyarah yang membuat penilain, Dr. Abdul Razaq Ahmad. Beliau ni sangatlah sporting habis + tambah pemurah dan tidak lokek duitnya untuk pelajar. Nilai tambahnya, boleh meletakkan darjatnya ke tepi untuk bersama-sama kami. Best sangat-sangat dan tidaklah tertekan. enjoy gila!!!!

P9050045

Kenanganku (Jeffrydin) satu!!!!hahahha

Jadi sekarang ni, tugasan ke sana selesai, tinggal membuat laporan dan persembahan hasil dapatan kajian kepada semua budak-budak kelas. Takutnya…Jadi inilah gambar terbaru aku yang semakin membesar walaupun bulan puasa. Ahakzzzz

DSC04849

Tak nampak?Satu lagi

P9060087

Calon-calon bapa mithali tahun ini adalah …

Oklah, selamat berpuasa semua. Sebelum raya nanti aku akan buat entry raya pula ya. Maaflah jarang update blog, aku terlalu sibuk.. Ni pun akibat sudah terlalu tertekan saja.

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: