LAMANYA BERSAWANG

Begitu lama aku tinggalkan blog ini.Begitu lama aku tidak menjenguk medan penulisan ini. begitu lama juga aku seolah pinggirkan tempat aku luahkan rasa dan perasaan ini.

Sekarang musim hujan yang menyejukkan. Sekarang aku sudah tamat peperiksaan. Sekarang aku sedang berperang demi sebuah kejayaan.

Tatkala semua orang sedang berehat dan bercuti aku sedang gigih berusaha. Tatkala semua orang sedang bergembira, aku?Bergembira samalah. Tatkala aku sedang berfikir, semua orang menanti keputusan.

Hatiku sedang resah gelisah. Hatiku sedang berharap tentang sesuatu. Hatiku sentiasa bersabar.

Doakan kejayaan peperiksaan aku. doakan perdebatan yang akan ku lalui. Doakan segala yang ku lakukan menemui kejayaan

Advertisements

KIRIMAN 310

Hari ini pula, aku akan menghadapi kertas peperiksaan ke-2.

Subjek : Fizik NUKLEAR

Masa : 1530-1730 (02/11/2009)

Tempat : Dewan DECTAR (514)

Aku harap dapatlah A untuk subjek ini. Memastika target dekan semesti ini boleh tercapai. InsyaALLAH.

siap

 

Doakan aku dapat menjawab dengan tenang. Semoga segalanya dipermudahkan olehNYa.