GILA

Anda berani mengatakan diri anda GILA? Sudah tentu tidak bukan. Tapi saya berani mengatakan saya GILA. Namun saya kini GILA karaoke.Hahahaha(Suara tidak sedap pun)

Biasanya orang gila memancing dan sebagainya. Namun telah masuk syaitan baru dalam diri,(maksudnye sblm nie ade gak setannyer) mengajak aku karaoke pula. Walaupun sakit tekak, tetap nak pergi menyanyi. Adoiii(Matilah abis duit)

Anda jangan takut untuk mengatakan diri anda GILA, sebab GILA inilah yang akan membantu anda untuk menghilangkan stress. Contohnya, kalau GILA karaoke, maka anda akan menyanyi lagu yang bernada tinggi(selalu lari pitching) untuk menghilangkan bebanan dalam kepala.

Jadi kepada peminat GILA karaoke yang lain, marilah bersama saya untuk memeriahkan industri penyumbangan suara di Malaysia ini. Jangan segan jangan malu, pendaftaran adalah percuma. HAHAHHAH.

Advertisement

PILIHAN DI TANGAN ANDA

TAtkala aku sudah kebosanan dan ketensioanan, maka dengan bantuan pakar edit gambar(tak kena upah pun) maka terhasillah kulit album solo aku yang pertama(cet, beriya).

Maka, semua pembaca digalakkan melakukan undian bagi memilih antara 5 kulit album di bawah ini, mana satu yang menambat hati.(Wajib pilih satu)

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Jadi, laksanakanlah tanggungjawab anda semua. Setiap undian anda sangat bermakna buat diri ini. (Poyo betul, dah macam rancangan realiti).

Maaflah ya, jika ada yang tidak suka dengan entry ini(tapi ada aku kisah??hahaha). Aku hanya ingin suka-suka saja.Jangan marah ya.

Adios amigos…

KEMARAU 20 & 12 TAHUN : MANIS

Ironinya, ada beberapa persamaan antara kejayaan pasukan bola sepak Malaysia di Sukan SEA dengan pasukan Debat Di Raja baru-baru ini.

Kedua-duanya emberikan aku kejayaan manis dalam hidup. Keduanya menemui kejayaan dengan cara yang hampir sama. Apakah dia?

  1. Semasa perlawanan separuh akhir, pasukan Malaysia bermain dengan bersungguh-sungguh. Begitu juga dengan pasukan debat aku.
  2. Semasa perlawanan akhir, persembahan pasukan bola dan debat sama saja keterukannya. Namun rezeki menyebelahi dan berjaya memenangi.
  3. Kedua-duanya membuatkan aku menitiskan air mata. Kedua-duanya juga mengakhiri kemarau yang berpanjangan.

Poster Billboard

Rezeki ini tidak terhenti, setelah aku berjaya menggondol johan kategori muda 2 tahun yang lalu, tahun ini aku berjaya mengulangi johan kategori utama dan berjaya menambat hati hakim untuk mendapat pendebat terbaik. Semuanya rezeki dariNya.Bersyukur.

Posing saja

Semua orang perlu diberikan kredit.Dari alumni kami yang sentiasa mendidik, kepada kontinjen UKM yang sentiasa bersama, dan kepada rakan pendebat lain atas doa yang diberikan. Semuanya hanya dapat dibalas olehNya sahaja. Aku sayang kamu semua.

Alamak, gambar ini saja ada.Maaf

Yang paling penting kepada usher kami yang sangat proaktif dan mengambil berat. Kam Leng pelajar Bioteknologi tahun 2 UM. Anda memang sangat best, sebab jaga kami dengan baik sekali. Bergerak pantas sekali usher ini. Hahaha.

Kam Leng

Kepada semua pembaca, maaflah kerana sudah lama tidak mengkhabarkan berita terkini pada anda semua. Sibuk dan tertekan sedikit.

Bersama piala di kala sakit mata

Inilah perkembangan terbaru. Keputusan peperiksaan semester 1 juga telah diperolehi, Alhamdullilah result tidaklah seteruk dulu. Semakin meningkat walaupun tidak mencapai sasaran. Jumpa lagi nanti untuk tahun terakhir dan semester terakhir pengajia di UKM ini. Doakan kejayaan aku.