Posted on Sabtu, Februari 13, 2010 by Insan Kerdil
Oleh kerana aku ni kononnya ada aliran darah cina dalam badan, maka aku sukalah bila hari raya aku dah sampai untuk tahun ini.(Cewah perasan gila)
Atas semangat 1 Malaysia maka aku mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina bagi mereka yang meraikannya. Semoga negara kita aman dan damai ok.(Pergh, bapak skema penulisan aku ni)
Aku sekarang bercuti pertengahan semester dan sedang menyediakan adik-adik aku ke pertandingan debat ASTAR di UM 17-21 Feb ini. Semoga kejayaan dapat dikecapi.
Kepada rakan pendebat dan rakan-rakan aku, selamat berjumpa di sanalah ya. Hehehe.

Sempena tahun Harimau..
Hari2 Mau juga(746)
Filed under: Hidup | Leave a comment »
Posted on Rabu, Februari 10, 2010 by Insan Kerdil
Terima kasih jika anda masih setia untuk menanti tulisan tanganku ini. Aku begitu menghargai masa yang anda luangkan untuk membaca coretan manja aku ini.(Manja ke?)
Hari ini, seperti rabu yang selalunya bercuti dari kelas tahun akhir semester terakhir. Makanya aku akan jadi bosan kerana tiada aktiviti yang ingin dilakukan. Ditambah dengan kewangan yang tidak mengizinkan(bilalah PTPTN aku nak masuk)
Pasukan UKM di Debat IKIM pula sudah kecindang di peringkat suku akhir. Rezeki masih bukan milik kita. Tapi yang pasti ASTAR(untuk junior aku) dan Debat Perdana Integriti(senior) masih lagi menjadi harapan bagi menutup kalendar tahun terakhir perdebatan aku sebagao pendebat mahupun orang tua dalam pasukan UKM.
Aku masih tidak ceritakan lagi tentang percutian kanak-kanak UPU ke Port Dickson tempoh hari. Berikan aku masa ya. Ini sebagai intronya….hahahaha

Hahahaha.
Selamat Kembali semua peminat ku!!!?(Cewah)
Filed under: Hidup | Leave a comment »
Posted on Selasa, Februari 9, 2010 by Insan Kerdil
Arghhh, lamanya aku tidak menulis di ruangan kesayangan aku ini. Semakin berhabuk tahap dewa dah ni. Sebenarnya aku menulis tatkala aku tertekan saja.
Jadinya hari ini aku sedikit tertekan. Maklumlah, peperiksaan pertengahan semester menjelma secara tiba-tiba(padahal aku yang emmang malas study)
Kerja bertimbun dan tak tersiap semuanya. Hahaha. Apalah aku ni, semakin menjadi pelajar tahun akhir, semakin malas aku menghadapi sisa ini. Perkara yang tidak sepatutnya terjadi.HUHUHU.
Sebenarnya sekarang aku sibuk bekerja, Sementara sahaja, Sehingga akhir bulan 2. Selepas itu, aku berhenti dan kembali fokus kepada semua bidang aku di UNiversiti. HUhuhu. Banyak yang telah aku tinggalkan. Debat, Belajar dan sebagainya.
Aku ingin kembali ke kehidupan aku yang dahulu Sudah lama semuanya kutinggalkan. Sudah lama aku meninggalkan laman ini. SUdah lama juga aku menyepikan!!!
Filed under: Hidup | 4 Comments »