JANJI 1 (PD DAY 1)

Kami bertolak dari Bangi sekitar jam 10.30 pagi kalau tidak salah. Perjalanan yang melibatkan 3 buah kereta yang pertama. Kemudian diikuti lagi dengan kereta yang lain.

Jadi dalam perjalanan akibat kelaparan maka sempatlah singgah di R&R Seremban untuk makan KFC. Jadi sempatlah ambil gambar beriya kan. Hahaha.

Sempat yer berposing.

Dah kekenyangan perut masing-masing, kami meeruskan perjalanan(padahal dah dekat nak sampai PD pun, saja mengada nak berhenti dulu.

Bila sampai, kami telah diuruskan dengan jayanya oleh Alumni kami (Abg Ezly) dengan penginapan yang best. Sebuah apartment menempatkan kesemua 26 @ 28 orang(lelaki dan perempuan). Perempuan dapat masterbedroom(ada tandas), lelaki 3 lagi bilik yang lain(termasuk bilik orang gaji). Memang meriah dan bisinglah rumah itu. Sah-sah semua pendebat jadi kawalan suara memang tidak terkawal. Hahaha.

Bila sampai, banyak rupanya makanan yang telah disediakan. Sampaikan ke Big Apple pun ada. Sedapnya. Kenyang aku makan. Makin bertambah diameter perut aku. Hahaha.

Mesti makin berselera kamu semuakan???

Maka bila sesi memekak di rumah telah selesai, petang telah mula menjengah. Maka aktiviti seterusnya adalah mandi di kolam renang buatan tempat ini (ala-ala pantailah, berpasir semua).

Apa lagi, dengan pantas semua pergi mendugongkan diri di kolam itu. Hahaha. Macam biasa sesi bergambar maut tetap dilaksanakan. Hahaha. Rugi siapa yang datang lambat hari itu. Aku seperti biasa, model kurang tinggi ini mem’pose’kan diri dengan jayanya. Hahaa

Konfiden tak aku??Hahaha

Malamnya adalah aktiviti di dalam rumah kerana masih menantikan kehadiran semua ahli ke PD. Jadi buat aktiviti suka-suka saja. Main kad, main gelak-gelak. Hahhaa..Tamatlah hari pertama.

Nak tahu apa jadi hari kedua bila semua kami ke pantai Teluk Kemang?Nantikan entry yang seterusnya.Muahhhh

Advertisement

Satu Respons

  1. aiyoo… matilaahhh gambar tidak berbaju… konfidenn!!!! bonggah!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: