JANJI 2 (PD DAY 2)

Hari kedua dimulakan dengan hilai tawa dan kegembiraan. Biasalah, UPU ini memang gelak jelah. Hahahhaa.

So bila dah siap sarapan semua, maka kami bersiap-siap untuk ke pantai Teluk Kemang. Awal juga kai bertolak, senang nak pilih area mana untuk bermandian. Maka kami pilih paling dekat sekalilah dengan kedai-kedai makan.

Bila sampai maka seperti biasa, aktiviti pertama adalah bergambar(bukan mandi menjadi keutamaan). Biasalah UPU kan, muka semua handsome dan cantik. Hehehe.

Aku sememangnya layak jadi modelkan???

Ini pakaian sebelum mandi. Bila dah bertukar pakaian untuk mandi juga masih sempat lagi berposing lagi. Hahaha. Maklumlah, sebelum semuanya basah dan terjojol apa-apa yang tidak diperlukan, maka ambil gambar dahulu. Hahhaa.

Larian di gigi air…

Maka seperti biasa, bila nampak laut, mandilah kan. Nak buat apa lagi. Banyaklah aktiviti, berenang-renang bak dugong di dalam air. Bermain regu bak kanak-kanak terencat. Macam-macam lagilah.

Kemudian bila dah bosan, main permainan air yang adalah. Contohnya kami main bot pisang(banana boat). Biasalah permainan yang menjatuhkan orang di dalam air. Hahaha.

Comelkan??

Ada satu lagi permainan,namanya donut. Permainan ni kita akan di driftkan atas air. Best tau. Seronok sangat. Rasa nak bertaubat kejap naik benda alah itu. Tapi memang fun gila ah.

Bila dah penat main benda alah tu semua, maka aktiviti wajib seterusnya adalah main pasir pantai. Di sebabkan kami bukan budak kecil yang ingin membina istana pantai, maka kami zahirkan kekreatifan itu kepada menanam orang dan menjadikan sesuatu bentuk badan lain kepada orang yang ditanam.

Maka akibat kecomelan yang ada pada diriku, akulah orang yang ditanam itu. Maka berebutlah mereka ciptalah mereka di atas badan yang ditanam itu.

Apa yang penting, KERJASAMA!!!

Jadi bila dah petang kami semua kembali ke rumah. Sesi lewat petang sambung bermain air di pantai buatan apartment tu. Banyaklah juga aktiviti yang dijalankan.

Malamnya aktiviti tah papa yang tak boleh diceritakan kepada semua. Hahaha.Rahsia.

Hari ke-3, bila kami mahu pulang. Apakah yang  jadi???

Satu Respons

  1. pitam 5 minit baca caption gmbar 1st..haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: