Hari terakhir ini seperti biasa dimulakan dengan makan.UPU kan tak boleh lekang dengan makanan. Kami semua adalah satu.
Selepas makan, masih lagi dengan acara bermain air di kolam buatan resort ini. Maka dengan seronoknya menyambung permainan di situ.
Macam-macam aktivitilah yang dijalankan. Seperti biasa, sebelum terjun ambil gambar dahulu. Posing tetap tidak boleh dilepaskan.
Kak minah n Abg topek
Namun, pagi ini aku tidak berminat untuk terjun dalam air. Maka aku hanya duduk di tebing kolam dan menyiapkan sandwich(kerja mak-mak sangat) bersama Kak Minah. Dia yang pergi beli dan sediakan semua barangan it, jadi aku tolong saja.
Main air ini adalah dalam beberapa jam saja, kerana tengahari itu kami sudah pulang ke Bangi. Jadi bila selesai makan dan bermain, maka kami semua bergambar kenangan.
Gembiranya kami
Maka semua kami pulanglah bersiap dan bertolak semula ke Bangi. Maka tamatlah coretan PD yang aku janjikan. Tunggukan catatan seterusnya tentang debat pula.Huhuhu
Tinggalkan Jawapan