AKU SEMAKIN SEDIH

Tatkala aku sedih dengan peperiksaan aku di akhir seester yag tersangatlah susah, aku diuji lagi dengan masalah kerosakan laptop pula. Tatkala aku sedang menggunakan laptop, ianya terpadam dan terus tidak dapat dihidupkan.

Menambah beban pemikiran, maka aku semakin rasa sedih dan kecewa. Tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Memikirkan bakal mengeluarkan kewangan untuk menyelesaikan masalah.

Hari ini, aku berjumpa dengan orang yang boleh membetulkan laptop. Katanya ada IC yang terbakar, menyebabkan bayaran mungkin sebanyak RM 400. Jika keseluruhan ‘motherboard’ rosak, maka bayaran RM 800 mungkin dikenakan. Persoalan, di mana mahu aku cari wang itu???

Aku semakin sedih dan sangat sedih. Ditambah ada cerita dari teman-teman yang ditpu kekasih, maka lebih menambah duka dalam perasaan ini. Jangan ersedih lagi. Cukuplah semuanya. Penat sudah aku berfikir tentang semua itu.

Aku mahu berehat. Aku mahu menenangkan hati sendiri. Terima kasih kepada teman yang ada bersama. Aku pasti boleh!!!

Advertisement

BARU KU TAHU

Kini baru kutahu, diri aku ini memang sukar untuk difahami oleh sesiapa pun. 23 tahun aku bernafas dan hampir 18 tahun sudah boleh mula berfikir, memang tidak ada sesiapa memahami diri ku ini. Memang tidak ada, Pastinya hanya seorang saja, Puan Hasenah Binti Ismail.

Baru kutahu, hanya dia saja yang bisa menenangkan hati ini bila aku kecewa dan sedih. Mungkin bukan melalui percakapan dan tutur kata, namun melalui tindakan dan riak wajah.

Kalau aku sedih, dia pasti akan bersedih. Jika aku sakit, hanya dia yang akan bisa membuatkan aku sihat dengan cepat. Kalau aku ada masalah, hanya dia yang dapat mengesan seribu kegusaran yang sebenar dalam hati ini.

Tidak ada SESIAPA yang bisa membaca isi hati ini. Apa yang aku rasa?Mungkin kerana aku terlalu banyak berahsia. Mungkin kerana banyak benda yang aku telan seorang. Mungkin kerana aku sentiasa menangis di dalam hati di sebalik setiap senyuman yang terukir di wajahku.

Oklah, oleh kerana aku yang tahu tentang diriku, maka aku nak berhenti. Lain kali jumpa lagi. Terima kasih sudi melapang masa membaca coretan tidak seberapa ini.

11 APRIL 2010

Apa yang penting dengan tarikh ini? Adakah tarikh ini amat penting bagi sesetengah orang? Pastinya orang itu bukan aku. Hahahaha.

Aku hanya seperti insan biasa yang melalui hari ini dengan penuh kebosanan. Mana tidaknya, aku hanya menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan tidur. Hahaha.

Hari minggu yang selalunya menjadi hari berhibur untuk keluarga(macam dah berkeluarga) tidak dapat aku rasai. Banyak faktornya.Hahaha. Selain tidak berkeluarga, ‘keluarga’ yang dahulu bersatu juga kini telah runtuh dimamah perasaan yang tidak aku fahami.

Jadi aku laluilah salah satu hari untuk minggu ulangkaji ini untuk menambahkan ilmu di dada, bagi mengelak kerisauan melampau untuk menghadapi peperiksaan yang hanya 2 hari lagi.

Sebenarnya aku saja menulis untuk memberikan update terkini selepas entry terahir 11 hari yang lalu. Nanti aku update lagi. Terutamanya berkaitan debat terakhir yang aku sertai.

DIKESEMPATAN INI, SAYA KHAIRUL ANUAR BIN SALIM, A113873, 870326045321 INGIN MEMOHON KEMAAFAN DARI SEMUA PIHAK ATAS KEKHILAFAN YANG AKU LALUI SECARA SEDAR DAN TIDAK SEDAR. SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT TERUTAMANYA.

p/s :Aku menulis bukan kerna nama…Aku menulis saat hujan membasahi bumi.