5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

Jika bercerita tentang dunia ada tafsirannya sendiri untuk ini.

Perkara pertama : Muda sebelum Tua

Masa mudalah nak enjoy gila babas. Clubbing, perempuan, merempit dan sebagainya. Masa ni tenaga batin kuat, kita kenalah gunakannya. Dah tua baru taubat!!!!!Tua kerepot tak larat dah. Setujukan???

Perkara kedua : Sihat sebelum Sakit

WAktu kita sihat ni, mkanlah apa pun. Melantak sesuka hati, buat sesuka hati. Masa sihat ni, kita perlu juga enjoy, dah sakit nanti susah pula nak bergerak kan. Masa inilah, kita nak travel mana-mana dan buat sesuka hati kita.

Perkara ketiga : Kaya sebelum Miskin

Waktu kita tengah banyak duit, janganlepaskan peluang bershoping sakan dan berbelanja untuk kepuasan diri. Spedoo orang ke, pergi bercuti ke, clubbing luar negara. Habiskan semua duit, bukan boleh bawa masuk kubur pun duit tu kan. Jom kita bercuti!!!Jangan lupa juga shoping yang branded.

Perkara keempat : Lapang sebelum sempit

Sementara banyak waktu dan kesempatan, bercuti dan berehatlah kan. Waktu macam nilah untuk bercinta, melagho dan sebagainya. Bila dah sibuk takut tak terlayan dah orang yang disayangi, skandal yang berlambak serta kawan-kwan yang vogue itu. WAktu cuti-cuti perlulah diisi dengan bersama kawan.

Perkara kelima : Hidup sebelum mati

Waktu tengah hidup ini, baik kita nikmati hidup. Buat apa yang kita nak buat. Jangan sekang kemahuan diri. Jangan takut, nanti dah tak sempat nak meikmati dunia yang indah ini., Cuba segala benda!!!!

Bestkan kalau dunia ini seperti ini. Namun kita jangan pernah lupa. ISLAM menjadi pegangan!!!Demi sebuah ketenangan!!!

Perspektif ISLAM

Perkara pertama : MUDA SEBELUM TUA

Waktu ini kerana kita mempunyai tenaga yang kuat untuk menghadapi cabaran duniawi dan melakukan ibadah. Nanti sudah tua takut banyak keuzuran!!!

Perkara kedua : SIHAT SEBELUM SAKIT

Waktu sihat ini adalah lebih mudah untuk melakukan ibadah kepadaNya. Waktu sakit nanti takut banyak kekangan!!!

Perkara ketiga : KAYA SEBELUM MISKIN

WAktu kita banyak duit, banyakkan sedekah dan amal jariah. Pergilah haji ke, dan membina masjid.

Perkara keempat : LAPANG SEBELUM SEMPIT

Waktu banyak masa gunkan untuk menambah ilmu di dada.

Perkara kelima : HIDUP SEBELUM MATI

Waktu ini adalah masa untuk mencari bekalan di kehidupan yang abadi!!!!

p/s : Renungkan dan selamat membaca!!!

Advertisement

SELAMAT HARI GURU

Ucapan ini aku tujukan untuk ramai bekas guru yang telah memberikan didikan kepada diri ini menjadi seorang seperti sekarang!!!Aku pecahkan!!!

Buat semua guru-guru di Sekolah Rendah Tunku Besar Tampin. Teristimewa buat Cikgu Rahimah yang bertulisan M cantik. Ustazah Zaleha yang terkenla dengan denda menarik ‘side burn’. Buat Guru Besar En Amran yang pernah sebat dekat punggung aku. Cikgu Rashidah yang mengajar kebolehan menyanyi aku(hahah, poyo). Cikgu Irene yang mengajar bahasa inggeris(aku pernah gagal ya) terima kasih kepada anda semua atas didikan asas buat diriku!!!

Kepada semua guru-guru Sekolah Menegah Tunku Besar Tampin.Cikgu J. Rajiv yang sangat supportive, cikgu Norwalis yang melayan kerenah kami budak lelaki, Ustazah Zainon yang pernah berkongsi cerita Rosalinda, Cikgu Normah dan Naripah yang pernah berkontroversi bersama.Semuanya menjadi kenangan buat diriku. Terima kasih kepada smeua guru yang membuka langkahku dalam kehidupan ini.

Khas buat guru-guru di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Ampangan. Buat Umi dan Cikgu Musa kaunselor terbaik yang memang sekepala dengan kami.  Buat ICkgu ZAbedah yang semua orang kata garang, tapi dengan aku baik dan berlembut gila. Buat Cikgu Marzuki yang mengajar kehidupan berdikari(sebab beliau ketua warden). Guru-guru di sini banyak mnegajr aku tentang erti sbeenar kehidupan. huhuhu. Terima kasih.

Buat guru di Kolej Matrikulasi Johor, walaupun masa kita bersama tidaklah lama, namun kenangan bersama pasti menjadi coretan dalam kehidupan. Ayah Aji dengan keletahnya. Banyak lagi, siap tak teringat nama mereka. Namun cukup untuk mengajar erti perubahan dalam kehidupan.

Semua pensyarah di Ukm pula. Anda yang tealh membentuk diri ini menjadi siapa aku di masa akan datang. Terima kasih En Zol atas kesekepalaan kita. Kepada yang lain juga Terima kasihlah banyak2.

Tidak dilupakan, guru-guru di Sekolah Menengah Saujana Impian atas sokongan dan bantuan ketika praktikal aku di sana.Segala pengalaman dan tunjuk ajar tidak akan pernah aku lupakan. Buat Cikgu Azizah dan Cikgu Rosnah sebagai guru pembimbing yang memberikan tunjuk ajar dan markah yang baik. hehehe.

Apa pun, semuanya terima kasih atas tunjuk ajar dan pengalaman. Terima kasih budi, pengalaman dan kemesraan. Jasamu tak mampu kubayar, moga ALLAH akan membalasnya.

I SETAN

Mesti selalu dengarkan???Shoping dekat sebelah KLCC tu. Tempat ‘orang-orang kaya’ menghabiskan duit yang ada.(DAripada spedo orang, baik beli untuk diri sendiri. Takut nanti jadi perangai mengungkit pula. HEheehe. Apa aku merapu ni?

Sebenarnya aku nak cerita tentang perangai dalaman kita yang tak ramai yang tahu. Kita ni bukan nabi yang bisa sempurna(macam lagu Rossa) tanpa sebarang perangai keji dan mengeji. Hina dan menghinakan. Lalang dan melalangkan. Bersembunyi di sebalik kebenaran, kerana takut dibenci(Pengecut)

Kalau aku, time jadi ‘Setan’ adalah waktu untuk menyedarkan orang lain. Sebabnya ada orang mungkin tidak sedar akan kebodohan diri sendiri dan kebangangan diri sendiri. Maka ianya perlu disedarkan dengan cara yang ‘Setan’ macam ni. Aku selalu jadi macam ni untuk sedarkan orang, contohnya rosakkan hubungan orang untuk menyedarkan salah seorang dari mereka. Hahahhaa

Kali ini aku memang setan, perlu ke takut pada ‘Setan’ juga.(Sebab semua orang ada kesetanannya). Hahahaha(mengilai sikit, test vokal) Aku tahu apa yang aku lakukan demi orang lain, biar aku yang dibenci. Aku sudah nampak perubahannya. Alhamdullilah(setan bersyukur uolszzzz)

Aku tak pernah mintak dihormati, aku tak pernah minta disanjung, aku juga tak pernah minta diangkat menjadi wali turun ke Bumi, aku hanya mahukan semuanya adil dan saksama. Perlu ke emosi dan perasaan tak tentu hala serta kebencian dan cemburu yang menguasai seluruh jiwa.Aku tenang saja.

Jangan biarkan aku jadi setan lagi. Jangan biarkan sesuatu yang aku nampak tak benar berlaku, aku mungkin juga tak sempurna. Tapi cara betulkan adalah dengan menegur, bukan membina empayar untuk membenci. Itu penakut!!!

TAMAT SUDAH SEMUANYA

Peperikasaan terakhir sudah pun berlalu 23/04/2010. Kini sudah 11/05/2010. Aku sepatutnya sudah pulang ke rumah, namun aku masih di sini. Di bumi yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Hari ini banyak sebenarnya sudah aku tamatkan. Berdebat?Aku sudah boleh tamatkan. Sudah tidak akan mampu untuk aku cuba menggapai piala dan cenderamata. Sudah tamat semuanya.

Belajar?Sepatutnya ini tidak boleh tamat. Namun buat masa ini mungkin untuk aku berehat.Mencari dulu segala semangat yang mungkin telah hilang bersama lelah dan penat.

Bercinta?Ini belum menemui titik mula yang sejati. Belum tamat pencarian yang aku mulakan. Bakalkah aku menemuinya?Insyaallah akan kucintainya hingga ke tamat usia.

Bergembira?Hidup ini jangan pernah di tamatkan saat gembira. Mungkin hanya berhenti seketika, namun bukan bermakna melupakan buat selamanya. Bergembira selagi ada, tamatkan segala derita.

Baik aku tamatkan penulisan, agar tidak terus meraban. Lain masa kita ketemu, untuk bercerita tentang diriku.