SELAMAT HARI GURU

Ucapan ini aku tujukan untuk ramai bekas guru yang telah memberikan didikan kepada diri ini menjadi seorang seperti sekarang!!!Aku pecahkan!!!

Buat semua guru-guru di Sekolah Rendah Tunku Besar Tampin. Teristimewa buat Cikgu Rahimah yang bertulisan M cantik. Ustazah Zaleha yang terkenla dengan denda menarik ‘side burn’. Buat Guru Besar En Amran yang pernah sebat dekat punggung aku. Cikgu Rashidah yang mengajar kebolehan menyanyi aku(hahah, poyo). Cikgu Irene yang mengajar bahasa inggeris(aku pernah gagal ya) terima kasih kepada anda semua atas didikan asas buat diriku!!!

Kepada semua guru-guru Sekolah Menegah Tunku Besar Tampin.Cikgu J. Rajiv yang sangat supportive, cikgu Norwalis yang melayan kerenah kami budak lelaki, Ustazah Zainon yang pernah berkongsi cerita Rosalinda, Cikgu Normah dan Naripah yang pernah berkontroversi bersama.Semuanya menjadi kenangan buat diriku. Terima kasih kepada smeua guru yang membuka langkahku dalam kehidupan ini.

Khas buat guru-guru di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Ampangan. Buat Umi dan Cikgu Musa kaunselor terbaik yang memang sekepala dengan kami.  Buat ICkgu ZAbedah yang semua orang kata garang, tapi dengan aku baik dan berlembut gila. Buat Cikgu Marzuki yang mengajar kehidupan berdikari(sebab beliau ketua warden). Guru-guru di sini banyak mnegajr aku tentang erti sbeenar kehidupan. huhuhu. Terima kasih.

Buat guru di Kolej Matrikulasi Johor, walaupun masa kita bersama tidaklah lama, namun kenangan bersama pasti menjadi coretan dalam kehidupan. Ayah Aji dengan keletahnya. Banyak lagi, siap tak teringat nama mereka. Namun cukup untuk mengajar erti perubahan dalam kehidupan.

Semua pensyarah di Ukm pula. Anda yang tealh membentuk diri ini menjadi siapa aku di masa akan datang. Terima kasih En Zol atas kesekepalaan kita. Kepada yang lain juga Terima kasihlah banyak2.

Tidak dilupakan, guru-guru di Sekolah Menengah Saujana Impian atas sokongan dan bantuan ketika praktikal aku di sana.Segala pengalaman dan tunjuk ajar tidak akan pernah aku lupakan. Buat Cikgu Azizah dan Cikgu Rosnah sebagai guru pembimbing yang memberikan tunjuk ajar dan markah yang baik. hehehe.

Apa pun, semuanya terima kasih atas tunjuk ajar dan pengalaman. Terima kasih budi, pengalaman dan kemesraan. Jasamu tak mampu kubayar, moga ALLAH akan membalasnya.

Satu Respons

  1. like..(^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: