SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA

Aku mudahkan cerita kenapa perkara ini terjadi.

Sebulan yang lalu, laptop aku sudah mengalami kerosakan tatkala sedang menggunakannya. Tiba-tiba terpadam dan sudah tidak dapat dihidupkan semula. Aku pun hantarlah kedai, RM400 melayang dalam sekelip mata.

Tidak sampai 2 minggu yang lalu, kereta aku pula menghadapi kerosakan. Temperature naik tak tentu pasal walau aku sudah memeriksa airnya. Tidak tahu dimana silapnya.

Aku berjanji dengan kawan aku untuk datang memeriksa kereta pada 30 Mei kot. WAktu aku di PETAH. Aku berjalan pulang ke KTM PUtra dalam kehujanan dan kebasahan. Baru teringat, kunci kereta dalam bilik di tempat penginapan. Patah balik dalam kehujanan nak pergi ambil.

Setibanya di tempat penginapan, kunci bilik tak bawa pula. Cari punya cari, kunci ada pada adik-adik SAS. Adoiiiiii. Akhirnya aku batalkan semua temujanji aku tak jadi balik. Tidurlah aku di PWTC dalam kepenatan dan kebingungan serta sedikit kebasahan.

Akhirnya setelah pulang ke UKM, masih lagi menunggu kawan untuk datang ke sini. Namun dari sehari ke sehari, kwan itu masih tidak kunjung tiba. Kasihan pada Badri Ishak sebab niatnya untuk menumpang aku pulang ke rumah tidak kesampaian. Maaf ya!!!

Akhirnya kereta aku sudah selamat masuk bengkel hari ini. Laptop aku sedang diperiksa oleh Ma Fadzril Izwan. Terima kasih banyak-banyak!!!!

Advertisements

2 JUNE 2010

Kereta oh kereta.

Masih belum dibaiki. Memeningkan diri.

Badan oh badan.

Sihat belum lagi. Rehat belum mencukupi.

Akal oh akal.

Serabut menghantui. Gelisah menguasai.

Awek oh awek.

Susah didapati. Mungkin kelemahan diri.

Mata oh mata.

Belum ditutupi. Masih mengingati.