AKU PENGANGGUR

Hidup sebagai pemegang takhta ini sememangnya membosankan.

Bayangkan hidup tanpa aktivti. Bayangkan hidup tanpa terisi. Bayangkan hidup tanpa bergaji. Semuanya dengan perkataan TANPA.

Mungkin benar bait lagu Sudirman dalam coretan lagu Aku Penganggur. Mungkin benar luahan hati seorang yang sebenarnya penganggur. Dan mungkin ada benarnya tatkala diri sendiri menempuh dan melalui.

Sesiapa nak buat tawaran bekerja???

Walaupun dengan segulung ijazah, pasti akan melalui saat getir pengangguran. Jadi terimalah…

Gemuknya!!!!!

Tititpan lagu :

Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Puas sudah mencari kerja
Memang nasib aku penganggur
Masih belum diterima
Memang nasib aku penganggur

Hasrat hati ingin membantu
Menjaga orang tua ku
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

Aku anak berbudi bahasa
Walaupun aku penganggur
Hormat kepada orang tua
Walaupun aku penganggur

Mungkin esok ataupun lusa
Aku akan mendapat kerja
Ohoo… nasibku
Aku penganggur
Ohoo… nasibku
Aku penganggur

SALAM RAMADHAN

Insan Kerdil mengucapkan selamat menjalani ibadah yang penuh mulia ini.

Semoga kita semua mendapat berkat dan rahmat dariNya.

Jangan pernah lupa tentang masa yang semakin mencemburui kita semua. Anggaplah ini yang terakhir buat kita, maka kita akan sedaya upaya menyempurnakannya.