MERAPU

Bila aku buhsan, aku suke merapu. Ini adalah bentuk penulisan x rasmi Insankerdil yer..

Jangan amalkan penulisan yg gilos, lagi bengong nie.

Duduk umah sorang2, mak g tengganu. Aku???Meroyan kat umah!!!!So  g cc, emroyan kat blog sndri plak/…wahahaha

Esok tggu kptusan, hope brite gmbra. If x de pape yg pntg, kamis cabut balik ganu!!!yehaaaa….

cari jodoh di sane plak.

Setelah misi gagl di taib andak!!!

Aku mahu keje, aku mahu duit, aku mahu psangan, aku tak mahu hidup sorang2….

Kawan2 rmai tunang n kawin!!!huwaaaaaaaaa

Aku nak nyanyi, aku nak jerit. Aku nak bg serak2 skit suara spya rase puas hati.

Aku nak niaga, bg kaya..Aku nak wat baik, bg kaya gak….

Moga aku lamabt posting, sbb aku nak g debat…gersang debat dah nie…

even dapat jadi hakim jer, dpt lempiaskan nafsu berckap aku yg sangat tinggi nie…

WAahahhahahahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Dah2, aku rase nak karok jer skang nie!!!

Advertisement

KERJA : DILEMA ATAU GEMBIRA

Alhamdullilah, akhirnya rezki mula menampakkan diri buat aku.

Cumanya, masih perlu memilih antara satu. 1 sudah pasti, dan 1 lagi sudah hampir pasti.

Keduanya mestilaha da kebaikan dan keburukannya.

Hati????mahu memilih yang sudah hampir pasti.

Otak???Akal logik yang sudah pasti menjadi jawapan.

Gembira atau dilema???Arghhhhh. bertenang!!!

 

11 – 1 – 11

Sudah hampir 2 bulan aku tidak menitipkan tulisan untuk jadi tatapan kepada mereka yang mungkin mengikutinya. Aku mungkin tidak sepopular mana, cuma mungkin ada yang setia dan berminat mengetahui.

Sepanjang 2 bulan ini banyak yang telah dilalui walaupun masih bergelar penganggur terhormat di rumah sendiri. Kerja sudah pasti cuma tempat dan masa yang masih menjadi misteri. Masih menanti dan mencari untuk kebaikan diri.

Mulakan dengan kisah pertunangan abang aku pada bulan november yang lalu di Kedah. Majlis yang baru diketahui ketika menyambut perayaan yang lalu. Namun baguslah, kasihan melihat status abang aku yang masih single walaupun umurnya masih muda, 29 tahun.

 

Bersama hantaran lelaki

Semuanya berjalan lancar, Alhamdullilah. Bakal berlangsung bulan 6, cuma belum dipastikan lagi. Selepas majlis, kami bercuti sekeluarga buat kali pertamanya. Maklumlah, bukan keluarga yang senang. Maka peluang yang ada tidak disia-siakan. Pulau Langkawi menjadi destinasi, berehat dan bergembira.

Bersama keluarga abang yang pertama, yang turut menjadi perantara majlis pertunangan kami bersantai. Sesampai saja semua kemudahan sudah tersedia kerana kenalan abangku yang memang bekerja di Kedah. Semuanya kelihatan mudah dan murah serta memuaskan.

Seperti biasa kalau ke Langkawi tidak sah jika tidak ke tarikan utamanya, kereta kabel, makam mahsuri, gamat dan berjalan menikmati pemandangan. Semuanya menarik, walaupun pada mulanya mak dan kakak ipar tidak mahu menaiki kereta kabel tetapi berjaya dipujuk untuk bersama. Teringat dialog ini :-

Anak buah 1 : Atih 20 tahun baru dapat naik benda alah ini(kereta kabel)~Loghat terengganu

Anak buah 2 : Alah, angah ni ha, dah 22 tahun baru dapat rasa tau ~Masih loghat teregganu

Emak Aku(Atok kepada kedua anak buah) : Tuelah Atok dah 60 tahun barulah dapat rasa(cakap dengan rendah diri) ~ Cakap standard

Aku : Hanya mampu tergelak

 

Anak buah 1 & 2 dalam gambar

Biasalah kalau ke Lagkawi tidak bershoping adalah perkara yang tidak sah. Maka, dek kerana membawa orang tua dan yang sudah pun berkeluarga malamnya kami berjalan sakan tanpa menghiraukan sakit kaki mak aku dan aku juga. Wahahaha. Belilah coklat, kain, dan macam-macam lagi. Wajah pasrah jer aku dan abang aku. Hahahha.

 

Layan mak aku.

So habislah cerita Percutian dan Pertunangan abang aku.

Setelah puas aku tinggal di rumah, maka kononnya aku ke UKM untuk Program Permata Pintar. Namun aku dirasuki dengan semangat debat maka aku tinggalkan semuanya untuk membantu dan menyertai penganjuran Debat 1 Malaysia di UKM. Menjadi AJK(tengok jer dan bagi idea sikit), Menjadi jurulatih(berangan, padahal tengok2 jer) dan menjadi Teknikal Kehakiman (Ganti Hakim yang lari tiba-tiba) merupakan tugasnya. Seronok, itu saja!!!

Seminggu selepas itu, ke Batu Pahat untuk program Debat Diraja pula. Sekali lagi menjadi teknikal kehakiman dan menjadi hakim(sekiranya hakim tidak mencukupi) membawa aku gigih ke Batu Pahat.Alhamdullilah, aku ke sana juga membawa aku untuk menerima pengiktirafan dalam dunia perdebatan yang diceburi. Syukur dan terima kasih semuanya(Anda tahu kenapa ucapan terima kasih ini dihulurkan)

 

Alhamdulliah

hadiah yang diterima juga agak lumayan. Sijil pengharagaan dan seutas jam tangan. Terima kasih atas hadiah ini ya, Pihak Tuan Rumah.

 

Seutas jam tangan

Kemudian, selesailah semuanya di Debat Diraja. Walaupun adik-adikku tidak ada rezeki untuk ke Perlawanan Akhir Debat Di raja, pencapaian suku akhir itu juga sudah boleh dibanggakan. Ingat, kemenangan bukanlah segalanya. Namun rasa rendah diri dan saling menghormati adalah kunci kejayaan dalam hidup ini.

Aku pun dah berapa lama duduk di rumah. Sekali-sekala menjengah dan membuang masa di UKM ini. Cuma kali ini dan hari ini, aku ke UKM ini untuk bersedia menempuhi temuduga terakhir sebelum aku memulakan kerjaya. Semoga segalanay dipermudahkan olehNya dan diberiakn rezki yang melimpah ruah untuk membaiki diri.

Doakan kejayaan aku di dunia dan di akhirat. Semoga aku cepat bertemu jodoh(sebab kawan-kawan aku ramai dah tunang). Wahahahhaa

 

 

p/s : Sedang cuba berdiet dari nasi untuk kembali langsing. Semoga aku mendapat tubuh badan yang diingini dan dijauhi segala penyakit.