KENANGAN TAK MUNGKIN KULUPAKAN

Sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu. Sibuk dengan kerjaya baru sebagai guru dan menyesuaikan diri dengan suasana baru. Jadi semuanya perlu didahulukan agar senang dikemudian. Namun dalam kegembiraan aku berjumpa dengan orang baru(bukan isteri, tetapi rakan sejawat dan anak murid yang pelbagai ragam dan karenah) aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat = adik = sama waktu dengannya. Siti Aisyah Abd Razak.

Aku mungkin orang yang tidak pandai menulis kesedihan, tapi yang pasti aku tahu aku memang sangat sedih. Lebih lagi bila aku mula membaca tulisan terakhir arwah di dalam blognya. Tambah sedihnya, aku begitu lambat membaca tulisan arwah ini walaupun tulisan itu ditulis hampir sama dengan tempoh aku bekerja. Bayangkan entry post itu adalah sehari sebelum aku ke memulakan kerjaya Di Kelantan (20 februari 2011)

Siapa nak baca blog itu, sila ke klik di sini.

Terkilannya juga, apabila aku memang langsung tidak berjumpa dengannya sejak aku berkursus pada 15 februari itu. Tambah sedih hatiku, apabila sepanjang arwah ini koma dihospital selama hampir seminggu juga aku tidak sempat melawat. Yang paling sedih hari pengebumiannya juga aku tak dapat pulang ke rumah. Jadi sehingga ke akhirnya aku memang tidak dapat berjumpa dengannya.

Bayangkan, sepanjang aku pulang ke rumah aku ini, aku melarikan diri dari berjumpa dengan emaknya. bukan tidak mahu berbual tapi aku takut terlebih rasa sedih. Walaupun sudah di sapa sombong oleh emaknya, tapi aku memang takut sedih jumpa emaknya.(Kepada Amuk, inilah sebabnya saya tak jumpa amuk) Jadinya aku lebih rela duduk dalam rumah dan keluar berjalan.

So sekarang ini aku sudah hilang 1 kawan yang aku sayang. Kalau semua nak tahu kenapa, pergi klik dekat perkataan klik di sini untuk mengetahuinya. Di situ ada gambarnya sekali.