Ni situasi yang biasa diceritakan. Ibu Bapa kita akan kata, semasa zaman mereka lebih baik dari kita. Kita pula akan cerita zaman sekolah kita, bebudaknya lebih baik dari sekarang. dan itulah karmanya akan berterusan sehingga ke akhir zaman. maklumlah dunia memang sedang menghampirinya, maka karma ini tetap akan berterusan.
Walau macam mana pun aku tetap akan ceritakan juga bebudak zaman sekarang. Aku rasa perkara ini berlaku di mana saja. Jadi renung-renungkan, dan selamat menghayati.
Situasi 1
Kalau dulu-dulu kita dekat sekolah asrama, walaupun mereka ini adalah PAK GUARD kita akan tetap takut bila menghadap mereka. terutamanya bila nak keluar outing dan baru pulang dari rumah. Nak jumpa sesiapa di luar pagar pun, akan gigih menghadap pak guard (Tanda hormat pada mereka).
Tetapi bebudak sekarang, pak guard duk tercongok dekat post guard pun mereka buat bodoh. Lagilah nak bagi salam dan menghormati mereka. Jumpa orang luar sesuka hati jer, bila tegur buat muka memberontak.
Ingatlah anak-anak sekalian, pakcik dan abg guard tu berusaha jaga keselamatan anda sepanjang berada di maktab. tunjukkan sikit rasa hormat pada mereka. Bukan suruh bayar gaji mereka, tapi cukuplah sekadar senyuman dan salam pada mereka.
Situasi 2
Kalau kita dulu-dulu masa sekolah, cikgu adalah antara yang kita sangat hormat. cikgu marah kita akan senyap tunduk membisu (bila balik asrama barulah mengumpat pun, sebab kadang-kadang kita tak salah). Kalau cikgu marah, cepat akan kita luahkan kata maaf kepada mereka(walaupun cikgu ini baru berubah muka).
Tapi sekarang, bebudak cikgu marah dia boleh gelak-gelak dengan penuh konfiden(yang lebih teruk boleh menghanjing cikgu pula tu). Cikgu marah jarang sekali nak minta maaf terus pada ketika itu. Cikgu ini seperti sudah tidak dihormati, cikgu ini dianggap bukan orang yang akan mendatangkan berkat pada mereka.
Cikgu walau muda mahupun sudah berusia, berkat yang ada padanya kerana ikhlas ingin menjadikan bebudak ini orang berguna sangat penting. Percayalah berkat dalam kehidupan pasti tidak diperolehi dalam kehidupan. Kesusahan dan kepayahan pasti menjadi ramuan dalam rencah kehidupan. Kata maaf adalah kata yang begitu mudah menyejukkan mana-mana hati manusia dalam dunia ini.
Terkadang, selalu aku berfikir salahkah aku mendidik mereka??

Filed under: Hidup | 1 Comment »