SEKIAN LAMA….

Rasanya kali terakhir aku menulis kira-kira 3 bulan yang lalu. Itu pun aku menulis untuk arwah kawanku saja. Sudah lama mungkin aku tidak mencoretkan sesuatu tentang kehidupan aku. Seperti yang biasa aku lakukan dahulu. Sesuatu yang memberikan gambaran kepada pembaca tentang hidup seharianku.

Sekarang seperti biasa, aku hidup sebagai gur. Semakin ahri semakin membiasakan diri dengan rutin harian bergelar guru. bergelumang dengan pelajar, tugas mendidik, tugas lain juga yang telah dipertanggungjawabkan. Kehidupan juga semakin seronok dan makin sebati menjadi sebahagian sanubari diri dan jiwa kecil ini.

Dari tugas hakiki sebagai guru Fizik, menjadi guru koperasi juga(belum rasmi), jurulatih debate(nie atas kerelaan), warden asrama lelaki (kadang-kadang uruskan juga hal budak perempuan), tengok-tengokkan budak sukan tempoh hari (bola tampar(L/P) + pingpong + bola jaring ).Semuanya seperti sudah sebati dalam diri dan diari kehidupan aku. Bayangkan sedari akhir bulan 3 sampai awal ramadhan hujung minggu (Jumaat dan Sabtu) aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti.MERIAHNYA HIDUP INI….

Sekarang, hidup menjadi sedikit normal. Sebulan berpuasa, seminggu berhari raya cukup untuk merehatkan minda dan fizikal yang mungkin agak penat melayan kerenah kerja. Berpeluang menonton wayang, berkaraoke(kelantan x ada) dan bergembira bersama rakan lama cukup menjadikan moment indah untuk bekal hingga hujung tahun.(wahahahaa)

 

p/s : Gila skema penulisan aku hari ini!!!Wahahahaha

Advertisements