CABARAN : IBU ITU MADRASAH

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Itu mungkin ayat biasa yang kita selalu dengar. Namun hari ini aku dikejutkan untuk menulis tentang ibu itu madrasah. baik aku cuba kupas.

Kalau di tanya pada setiap dari kita, bila mula sekolah. Semua jawab, tadika!!!Atau darjah satu. tak kurang juga yang kata aku tak pernah pergi sekolah.(ini memang kes paling kasihan).Cuma tanpa kita sedar sebenarnyalama sudah kita bersekolah. Sedari saat Si ibu sudah mengetahui kewujudan si anak dalam perut. Tak percaya???

Apa fungsi sekolah = madrasah?(Yang sepatutnya) Fungsinya memberi ilmu untuk membentuk manusia menjadi insan!

kalau di sekolah biasa, cikgu selalu cakap jangan nakal-nakal. Dalam perut ibu lagi ibu sudah menuturkan kata itu. tanpa pernah jemu sehingga kita besar pun ibu masih menuturkan perkara yang sama. Cuma kita?tanpa sedar sakitkan hatinya. kita lawan cakap dia, kita tengking dia. Kalau dekat sekolah, kita menangis sebab kena rotan kemudian ramai-ramai sanggup pergi minta maaf. Dekat mak???Sepatah kata maaf tak keluar dari mulut.Sebab apa?Dia ibu kita, hari-hari jumpa…:::Sengal:::

Bila tanya siapa ajar itu burung, kerusi, meja?jawab kita cikgu sekolah. Salah…Mak yang ajar sebenarnya. Sedari kecil, ibu yang cakap bila kita mahu belajar berdiri. upppp, bangun.pegang kerusi itu. baik-baik kepala tu, ada meja(sebab kita suka merangkak pergi bawah meja) pernah kita kenang semua itu?Tetapi kalau cikgu dekat sekolah hari guru gigih suruh mak beli itu ini nak beri pada cikgu. Siap ucap lagi Selamat Hari Guru. Dekat mak kita pernah gigih beli hadiah untuk dia???Belum cerita tentang kita yang gigih buat persembahan hari guru, dekat mak???Mungkin sebab jumpa mak hari-hari kot….:::Ngokngek:::

Walaupun hari-hari kita hadap muka ibu @ mak itu, kita selalu tak dengar cakap dia. Dalam hari-hari kita tengok muka dia, kita tak pernah kenang jasa dia. Cuba sekali kita buat, apa yang kita buat pada guru kita.pasti sinar cahaya wajah ibu akan terpancar. Percayalah!!!

Advertisement

GEMBIRA

Banyak ke cerita gembira??

Satunya aku tak perlu balik kelantan untuk kerja aku. Alhamdullilah, jimat belanja!!!

Keduanya???tak ada dah, sekian!!!!