REPLY SPEECH : SIBUK

Lama dah aku tinggalkan penulisan dalam laman maya kesayangan aku ini. Mungkin tidak ada perkara menarik yang ingin diceritakan, maka aku pun menyepi. tapi hari ini aku nak buat reply speech sebab aku dapat idea menarik. Semuanya hasil penulisan anak murid tentang aku. Wahahaha.Kredit to Malissa ….Seronok membacanya!!!

SORRY TAK BOLEH LETAK GAMBAR TAKUT TUAN PUNYA BADAN TIDAK MENGIZINKAN.

1. Isu tak suka perempuan JB. Ahakz….Sorry eh Malissa, saya bukan kata awak, cuma mostlynya mereka ini terdedah kepada perkara begini, jadi lebih baik mengelak. But then bukan semua, hanya SEGELINTIR.Tengok awak baik saja,baguslah tu.

2. Isu main game yang buat awak tak faham. Ahakzzz… Permainan tu pun sebenarnya memang bertujuan untuk membuatkan mereka yang tidak faham dan tidak dapat menjawab tension dan bengang. tapi bukanlah apa pun, benar kata Haifa. Hanya gurauan semata. Tidak ada kaitan yang hidup dan mati. Anyway, nanti kita main lagi ya Malissa….Hehehehehe(Gelak Evil):::Mode baik, sebenarnya permainan itu hanya untuk bergembira saja dan keluar dari pemikiran fizik seketika.:::

3. Isu kad raya. Terima kasih sangat kerana menghargai pemberian tidak seberapa saya itu.(Maklumlah badget tak ada, kalau artis tak apa)…Sorry juga, sebab kad itu hodoh, maklumlah saya ni bukan berjiwa seni:::Tapi suka menyanyi jerr:::

4. Isu sibuk di mana-mana. Wahahahaha. Saya kan warden, merangkap cikgu koperasi, merangkap cikgu LDP merangkap cikgu fizik awak, jadi sememangnya banyak program awak saya akan ada. Yang paling selalu terjadi pula, tiap kali perkara yang berlaku (memalukan atau menarik) saya pasti berada di tempat kejadian dan berpeluang menyaksikan kejadian. Hahahaha….

5. Isu pengajaran tentang keduniaan. Insyaallah, itu memang tugas saya. Semua cikgu juga sebenarnya memberikan perakara yang sama tanpa sedar. Sesamalah kita membaiki kehidupan di atas muka bumi yang penuh pancaroba.

YA ALLAH semoga kau permudahkan perjalanan kehidupan anak muridku, seperti mana kau permudahkan perjalanan hidupku. berikanlah mereka Nur dan HidayahMu kepada mereka. Jauhkanlah mereka dari perasaan hasad dengki dan fitnah, bencana dan kecelakaan. Kau makbulkanlah hajat dan doa mereka kepadaMu.

Advertisement

Satu Respons

  1. Wihiii, part paleng best: doa tuuuu (: thanks cikgu!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: