Orang kata klise, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan. Namun orang rasaa klise sebab mungkin kurang menghargai persahabatan. Kalau ikatan persahabatan itu seakan perpiasahan sebuah keluarga, adakah hati dapat menahan. Lebih lagi, perpisahan itu terjadi cepat dan tiba-tiba tanpa amaran.
Orang kata pertemuan yang seketika, perpisahannya tak terasa. Tetapi sekiranya seketika itu sangat bermakna, adakah hati tidak merana. Lebih lagi, sekiranya itulah rakan dan keluarga tempat meluah rasa dan segala duka dan gembira.
Orang selalau menangis bila perpisahan itu tiba, tanda sedih dan tidak mahu berjauhan. Tetapi sekiranya tangisan tidak dapat dilihat, bukan bermaksud tidak bersedih mahupun merelakan. Lebih perit, tangisan dalam hati yang tiada siapa boleh berkongsi.
Terima kasih Faizal sebab selalu ada dengan aku untuk sama berkongsi rasa dan cerita. (Simpan tau cerita kita mengumpat ‘orang-orang’ itu)…Maaflah kalau ada salah dan silap, terlanjur kata dan bicara. Hope kau selalu datang jumpa kami di MRSM PC. Maklumlah, bukan jauh pun kan…Kau kan gigih!!!Aku x nak tulis panjang2, nnt sdih sgt2….
Bisikan hati : Hari ini mungkin hari Faizal, hari esok mungkinkah aku juga dikejutkan dengan cerita begini. Harap biarlah semuanya selamat sahaja.
Filed under: Hidup | 2 Comments »