Alhamdulillah, setelah setahun bekerja episod tahun kedua dimulakan dengan mendapat banyak tanggungjawab baru. Walaupun mungkin sesetengah orang merasakan itu adalah keadaan membuli pekerja baru tapi aku anggap ianya merupakan satu kepercayaan orang terhadap kita. Mungkin kerana kita rajin bekerja, boleh dipercayai dan mudah bekerjasama. jadi tidak perlu merungut.
Tugas lama menjadi warden masih diteruskan, cumanya bebannya makin bertambah tatkala rakan sebilik berpindah ke tempat lain. Itulah rakan kongsi setiap rasa duka, gembira dan seronok yang dialami. Pindahnya dia, terpaksalah keseorangan menghadapi semuanya. Namun tidak boleh mengeluh, nanti cepat tua.
Mungkin tahun kedua ini tidak ada yang menarik, ragam gurunya masih sama. Ada yang menyenangkan, ada yang kurang. Biasalah, manusia ini pelbagai ragamnya, jadi kita perlu hadapinya. Tatkala kita tidak senang dengan orang lain, apalah pula tanggapan mereka pada kita. Jadi itu karma!
Gembira ke Indonesia baru-baru ini
Filed under: Hidup | 1 Comment »