Seperti biasa, bila tiba hari kedatangan pelajar baru semua guru sibuk dengan pelbagai kerja dan urusan. Aku? Sudah semestinya tidak terlepas. Menambah beban, apabila minggu sebelumnya aku kursus, menangguhkan kerja yang boleh disiapkan awal. Seronok kursus, tak seronoknya tahu banyak kerja tertangguh.
Pulang dengan harapan dan semangat mahu menyiapkan kerja, namun orang selalu kata malang tidak berbau. Sakit menjengah meminta diri berehat untuk seketika. Malam tatkala semua orang sibuk dengan tugas masing-masing, aku pula tumbang tewas dek kerana kepala berpusing dan muntah belilah(muntah yang sangat banyak).
Menjadi beban tambahan pada rakan lain, tatkala semua pasti sibuk esoknya. Diharap sakit tidak berpanjangan dan mampu pulih setelah tidur malam itu, namun rupanya sakit berpanjangan. Dari sehari ke sehari, sakit makin pulih. Dari urusan makan, urusan ke tandas solat dan sebagainya diuruskan orang lain(Aishhhh, kasihan pada yang membantu).
Setelah 2 hari kelihatan tidak mampu bangun, hari ketiga mampulah menampung badan sendiri dan menguruskan diri. Pulang ke bilik sendiri setalah berkampung di bilik sakit merupakan nikmat tak terperi. Bebas sedikit dari aura dan suasana kesakitan. Namun keadaan diri, masih seperti penagih atau kaki botol di tepi jalan. Jalannya, terhuyung hayang.
Namun hari ini, hari bekerja. Terpaksa bekerja walau tidak buat kerja. Minta maaf ya, kepala masih lagi berpusing dan tidak mampu berdiri dengan lama.
Apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjaga, mengawasi, membantu, menjadi pemandu, menjadi bomoh dan menjadi segalanya ketika saya sedang sakit. Terima kasih tidak terhingga.
Dihantar ke hospital oleh rakan-rakan.
Filed under: Hidup | 1 Comment »