BERAKHIR 2014 ; BERMULA 2015

Bila akhir tahun semua pasti mula menyingkap kisah suka duka dilalui selama setahun. Kisahnya akan menjadi pengajaran dan kenangan dalam titian perjalanan setiap insan. Bezanya mahu dikongsi atau tidak, itu sahaja.

 

Bermula 2015 maka akan sampailah aku kepada tahun ke 4 menyumbang bakti di Bumi Kelantan. Bukan tidak mahu berpindah cuma memberi laluan pada yang hendak dan lebih lama dari aku. Masa aku pasti akan tiba juga nanti. Bulan Februari akan menjadi saksi tahun ke 4 untuk dirai.

 

Tahun 2014 tidak banyak yang boleh diingati, kerana semuanya hampir sama setiap hari. Cuma hati, semakin kuat terbuka untuk mencari. Hanya masa sahaja belum pasti, Semoga semuanya nanti akan pasti agar jalan yang dilalui diberkati.

 

Azam 2014 seperti mahu aktif semula di sini, agar menjadi tempat meluah segala isi hati. Yang terbuku, tercair semuanya dikongsi dengan semua yang sudi. Biarlah jari yang pantas ini sahaja meluah, bukan mulut yang ……(Isi tempat kosong)

 

Apa pun, selamat tinggal 2014 dan kenangan, selamat datang 2015 yang diharap membawa seribu satu khabar gembira buat semua.

 

?????????????????????????????????????????????????????????

Advertisement