RAHSIA

Sebenarnya aku ingin membantu seorang rakan untuk memujuk pasangannya. Tapi aku tidak terfikir ayat-ayat manis untuk diberi kepadanya. Sekurang-kurangnya buat ayat kesian untuk memujuk. Hehe

Setakat ini, aku ada 2 ayat saja dalam kepala.

a) Awak dah ‘uninstall’ saya dari hati awak ke? ( Perbandingan over)

b) Awak dah tak sayang saya lagi ke? (Klise)

Petunjuk : Hardisk = Hati

 Perasaan = Software

p/s : Semua pembaca diharap dapat membuat pilihan bagi membantu aku. Siapa yang tak buat begitu, akan dipanah petir. Wakakaka

[ Nota ] : Sesiapa yang ingin menggunakan ayat itu, dipersilakanlah. Itu pun kalau sudi. Maaf, sebab memang tidak mahir berbahasa jiwang.

Perhatian : Tajuk entry kelihatan tidak sesuai dengan entrynya. Tapi ada kebenarannya, kerana ini adalah rahsia untuk mengeratkan perhubungan.

DEBAT KOMUNITI BESTARI : N. JOHAN

Pada hari sabtu yang lalu aku bersama-sama pasukan debat komuniti bestari ke Kedah untuk pertandingan peringkat saringan zon 1 kebangsaan. Aku rasa semua tahu siap team aku tukan. Hahaha. Nanti kejap lagi aku letak gambar ye. Sebelum tu, nak beri tahulah, entry tentang sabah tak habis lagi tau.

Oklah, setelah 6 jam perjalanan kami sampai di Pendang Lake Resort. Tempat ni cantik jugalah. Aku sebilik dengan Syam. Paan satu bilik dengan Rizal. Kawasan ni ada tasik buatan yang cantik tau. Dekat bawah ni gambarnya.

cantik x?

Di sebabkan dekat Sabah tempoh hari tempat tinggal teruk dan tak dapat makan, Jadi aku rasa sangat puas hati dapat tinggal dekat sini. Bayangkan malam ada ;welcoming dinner’. Di sebabkan ada satay, aku telah menghapuskan segala usaha diet aku dengan makan secara menggila. Hahaha. Malam tu pun aku tidur dengan lenanya, walaupun aku sebenarnya susah nak tidur di tempat baru. Aku rasa ramai yang tahu tentang tu. [tu yang jadi dinasour] Hahaha

Esoknya, kitorang lawan dengan pasukan Perak. Perlawanan berlangsung sengitlah. Kami begitu terganggu pemikiran sebab tahu akan kesilapan yang telah dilakukan. Lepas tu ditambah pula dengan gurauan En Ibrahim yang menyatakan tentang kekalahan kami, aku semakin terganggu. Namun, rezeki kami untuk ke perlawanan akhir masih ada, maka tatkalan keputusan diumumkan kami layak ke pertandingan akhir. Syukur Alhamdullilah.

Maka, akibat daripada masalah teknikal yang banyak berlaku sepanjang pertandingan ini, sehinggakan kami tidak tahu menjadi pencadang mahupun pembangkang, petang itu kami gagahkan diri ke cc berdekatan untuk mencari maklumat. Malam tu, aku rasa sangat-sangat penat dari segi mental. Walaupun pada kadar biasa berdebat 3 pusingan sehari, namun debat ini memang memenatkan.

Jadi, esoknya bertemulah pasukan wilayah dan selangor di peringkat akhir zon 1. Keputusannya, kami kalah. rezeki tidak kami perolehi. Tidak mengapalah. Benarlah kata orang, siapa yang usaha lebih, dia dapat lebih. Kalau dah pasukan wilayah bersedia mungkin seminggu lamanya maka layaklah mereka.

Namun, aku sebenarnya agak terkilan dengan persembahan aku di peringkat akhir itu. Dan aku rasakan, akulah punca kepada kekalahan team selangor itu. Aku dapat merasakannya, andai kata kau mempamerkan persembahan yang lebih baik dari semalam, aku pasti kejayaan milik kita. Maafkan aku ya kepada rakan-rakan.

paan, aku n syam

Tidak mengapalah, mungkin sudah tiada rezeki untuk menang.

SEPI

Minggu yang lepas aku adalah berkesempatan menonton cerita SEPI. Bagi aku cerita ini bestlah dan sangat kreatif cara pengolahannya. Kagum sekejap dengan gayanya. Aku malas nak komen banyak-banyak, tapi terimalah lirik lagu tema filem SEPI ini. Bak kata Afdlin ‘tontonlah filem ini, kerana ianya memang untuk anda’

Sepi hati

Terjadi lagi

Mungkin sampai mati

Aku sepi.

 

Biar senyum hadir

Dihariku

Namun ini hanya ada dibibir

Dibibir saja

 

Aku ini

Yang bisa mengerti

Walaupun yang lain

Mahu mengerti

 

Namun berat papan

Dihidupku

Biarkan saja,Biar saja

Hanyaku yang tahu

 

*

Sejarah cinta dan hidupku

Penuh duri dan banyak ranjau

Untuk kesabaran

Yang perlu untuk tetap kuberdiri

 

Ada saatnya ku bicara

Bila hatiku telah pulang

Sepanjang kubisa atasi semua

Aku tetap diam

 

Ulang *

 

p/s : Sambil tulis entry dibuai dengan permainan emosi lagu SEPI  ini. Bestnya.