11 APRIL 2010

Apa yang penting dengan tarikh ini? Adakah tarikh ini amat penting bagi sesetengah orang? Pastinya orang itu bukan aku. Hahahaha.

Aku hanya seperti insan biasa yang melalui hari ini dengan penuh kebosanan. Mana tidaknya, aku hanya menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran dan tidur. Hahaha.

Hari minggu yang selalunya menjadi hari berhibur untuk keluarga(macam dah berkeluarga) tidak dapat aku rasai. Banyak faktornya.Hahaha. Selain tidak berkeluarga, ‘keluarga’ yang dahulu bersatu juga kini telah runtuh dimamah perasaan yang tidak aku fahami.

Jadi aku laluilah salah satu hari untuk minggu ulangkaji ini untuk menambahkan ilmu di dada, bagi mengelak kerisauan melampau untuk menghadapi peperiksaan yang hanya 2 hari lagi.

Sebenarnya aku saja menulis untuk memberikan update terkini selepas entry terahir 11 hari yang lalu. Nanti aku update lagi. Terutamanya berkaitan debat terakhir yang aku sertai.

DIKESEMPATAN INI, SAYA KHAIRUL ANUAR BIN SALIM, A113873, 870326045321 INGIN MEMOHON KEMAAFAN DARI SEMUA PIHAK ATAS KEKHILAFAN YANG AKU LALUI SECARA SEDAR DAN TIDAK SEDAR. SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEJAYAAN DI DUNIA DAN DI AKHIRAT TERUTAMANYA.

p/s :Aku menulis bukan kerna nama…Aku menulis saat hujan membasahi bumi.

Advertisement

GAY SANGAT

Aku sangat gay[dibaca:aku sangat gembira].

Semalam pada mulanya Jijai teman aku. hahaha. Mendengar semua celoteh aku yang memang suka sangat nak bercerita.

Semalam juga aku dan Paan serta Rizal UNITEN ke USIM untuk sibuk-sibuk dan menyemak sesi latihan debat mereka. Dapat jugalah kau melepaskan geram.Sebabnya sesi latihan UKM aku nak fokus memberi komen semata kepada adik-adik aku tu.

Aku juga telah tahu apa yang tersurat dan tersirat antara manusia. Huhuhu.

Entahlah, yang penting aku sangat gembira walau hati ini mengharapkan keajaiban berlaku.

Oklah, hari ini aku kena membantu rakan-rakan berpindah ke rumah sewa masing-masing. Ada ynag berpindah menginap di kuartes guru. Ada yng sewa bilik dan macam-macam keadaan lagi

Yang pasti semuanya diharungi demi praktikal mengajar yang akan ditempuhi. Nanti aku akan update dari masa ke semasa praktikal aku di dalam blog. Nantikan ya.

BERCUTI LAGI

Aku ada masa yang terluang sekali lagi. Tujuan utama balik rumah. Hantar barang yang aku beli dari Langkawi pada mak aku. Hahhaha. Aku kan anak yang baik. Hehehe. Banyak tau barang yang aku beli. Malu nak tulis. Hehehe

Aku nak balik ni pun, sebab aku dah terlalu penat dan bosan duduk di UKM ni. Dari satu benda ke perkara yang lain otak aku diserabutkan. Agak tensionlah sekarang ni. Jadi terapi yang paling baik memandang wajah ibu. Hehehe

Namun adalah juga benda yang menggembirakan aku. Nantilah aku cerita bila aku dah pastikan betul-betul. Hehehe. Yang penting minggu yang mendatang ini akan menjanjikan seribu kesibukan buat diriku. Hahaha.

Update berkenaan dengan Langkawi pun aku tak buat lagi. Argh, bilakah masanya akan ada bagi aku melakukan semua itu. (Lagipun sekarang gambar tak cukup lagi) Nantikan ya semua.

Oklah, aku sebenarnya baru habis exam ni. Sangatlah sedih, sebab banyak sangat tak dapat jawab. Tapi tak mengapalah, mungkin ini rezeki atas usaha aku yang sedikit itu.

Oklah, aku nak rehat sekarang ni. Aku akan bercuti selama beberapa hari. Pulang ke rumah tak ada talian internet. Jadi terputus aku dari dunia maya yang banyak kenangannya.

SEPI DAN MENYEPI

Pernah tak anda semua rasa diri ini seperti sepi dan menyendiri, tetapi anda mahu menyendiri dan menyepi.

Komen???

3114769433_b53564f74c

sekadar hiasan

KU BARU PULANG

Semalam kira-kira jam 1 pagi aku baru menjejakkan kaki ke Bumi UKM ini. Hahhaha. Penat yang menghentam tubuh janganlah ditanya. Sejak dari seminggu yang lalu kepenatan itu sudah mula menghantui. Hehehe

Semalam aku pulang dengan hati yang sangat riang. Banyak perkara yang melintas di akal fikiran ku. Hahahah. Selamat sudah satu tugasan, lega dapat menenangkan fikiran dan juga …

Namun, kegembiraan ini bukanlah lama, kerana ada perkara yang sedang menanti. Dari aspek tugasan, peperiksaan tengah semester dan juga pengajaran mikro. Semuanya menanti pada masa hadapan.

Nanti aku cerita pasal langkawi, tengah kumpul gambar tatkala ini. Huhu