MEMORI KERDIL

[rockyou id=111996474&w=426&h=320]

Inilah sedikit tatapan untuk semua

Biar aku mulakan penceritaan memori pengajian tahun ke dua aku di UKM ini dengan debat. Almaklumlah, benda ini yang paling banyak aku buat dari yang lain. HUHU. Kalau dah berminat tu, siapa yang boleh halang.

Kalendar debat tahun 2 dimulakan dengan kejutan pertama aku diserapkan ke pasukan utama UKM dalam debat Alam Sekitar di USIM julai 2007. Diberi tanggungjawab sebagai speaker ke-3 mengambil tempat Abg Bob adalah sesuatu yang di luar jangkaan. Ditambah dengan keadaan kesihatan ketika itu yang tidak baik semasa pertandingan semakin menggusarkan semua. Alhamdullilah Naib Johan menjadi rezeki.

Seterusnya, pada bulan ogos 2007, bersama dengan team batch aku dan seorang senior ke debat Merdeka di UNIMAP. Terpaksa menempuh lawan yang majoritinya mempamerkan muka senior, memperlihatkan sedikit kegerunan kepada kami. Namun rezeki ada di mana-mana, menjadikan kami sampai ke peringkat separuh akhir pertandingan.

Diperlihatkan dengan kemampuan ini, barisan senior memikirkan team ini baik jika disatukan untuk kategori muda Debat Diraja Di UiTM Shah Alam. Dengan kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak pengurusan, kami galas dan berjaya menjadi JOHAN kategori muda bahasa melayu. Ditambah dengan kejayaan manis aku bergelar pendebat terbaik peringkat akhir. Semuanya rezeki daripada ALLAH.

Walaupun dihimpit waktu, yakni 10 hari persediaan untuk debat Perpaduan di UMP pada bulan Disember, tidak menyekat aku untuk terus mengecap kejayaan. Alhamdullillah, NAIB JOHAN sekali lagi menjadi rezeki perjuangan. Mengekalkan prestasi tahun sebelumnya ketika UKM menjadi tuan rumah sekaligus menafikan kami merancang untuk menang.

Namun kesuraman menghantui kem debat UKM tatkala berkunjung ke USM untuk debat Perdana Integriti pada February 2008. Kegagalan melepasi pusingan suku akhir telah mencacatkan persembahan kami di peringkat intervarsiti. Sindiran terpaksa diterima daripada pasukan yang lain. Namun pasrah, rezeki kami tiada di situ. Bukan itu sahaja, pelbagai kenangan manis dan pahit terpahat ketika berkunjung ke USM.

Itu cerita pasal hidup aku berdebat. Sekarang mari kita masuk cerita bab hidup biasa aku sebagai KHAIRUL ANUAR BIN SALIM. Macam mana nak mula ya. Begini…

Hidup aku seperti biasa, aman, tenang, happy go lucky dan sentiasa bersama dengan rakan-rakan yang ok dan tak ok. Biasalah, manusia mana ada yang sempurna. Kehadiran rakan baru dan kehilangannya adalah perkara biasa dalam kehidupan. Kepada yang sudi hadir menjadi teman, terima kasih atas kesudian menceriakan hidup ini. Kepada yang pergi meninggalkan diri ini, tiada apa yang dapat menghalang.

Kepelikan mula berlaku, bila aku sering bermimpi di tahun 2 ini. Selalunya akulah orang yang paling nyenyak tidur sehingga ayam berkokok. Ditambah lagi dengan jenis mimpi yang aku boleh katakan sebagai pengulangan saban hari, seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu. Namun, ianya berubah pada ketika kali terakhir aku bermimpi tentang cerita yang sama. Mungkin ada sesuatu petunjuk untuk diriku, namun ku masih mencari.

Hari lahir aku jatuh pada 26/03 yang lalu. Kejutan??? Tidak ada, sebab aku yang selalu menjadi perancang kejutan. Dan aku susah untuk dikenakan. Namun kenangan paling pahit, di malam hari jadi aku itu, aku telah tercedera akibat ‘suprise party’ yang cuba untuk dilakukan. Kecederaan pinggang dan luka di seluruh badan menjadi hadiahnya. Terima kasih. 3 hari disambut hari lahir aku ini, oleh 3 kumpulan rakan-rakan. Terima kasih daun keladi.

Bila bercerita pasal awekz, akulah yang paling lembap bab ni. Walaupun ada rakan yang mensasarkan aku bakal mendapat awekz sebelum bulan mei, nampaknya perkara itu tidak menjadi kenyataan. Hahaha. Tak apalah, mungkin belum bertemu jodohnya, redha! Sesiapa yang mungkin nak isi borang, bolehlah hubungi aku. Hahaha

Aspek terakhir yang terpaksa disentuh adalah pembelajaran aku. Tahun ini aku rasa paling teruk. Sebab apa?? Aku selalu ponteng kuliah. Tak pernah buat tutorial (mentang-mentang tak payah hantar). Tak tumpu perhatian dalam kuliah (siap boleh makan-makan) Jadi secara overallnya, bagi aku sendiri teruklah. Hahaha.

Pejam celik dah dua tahun aku belajar dekat UKM ni. Banyak benda manis dan pahit yang aku terpaksa telan. Namun itulah yang dinamakan kehidupan. Hidup tidak selalunya indah, langit tak selalu cerah, suram malam tak berbintang, itulah lukisan alam

Advertisement

10 Respons

  1. Tahniah untuk kejayaan yang melimpah ruah..

    Syukur atas kurniaan bakat dan kebolehan yang Tuhan Berikan..

    Teruskan kemajuan , kecemerlangan dan kegemilangn dalm semua lapangan…

    Insan : Terima kasih atas doa dan ucapan itu. Semoga kau juga memperoleh kejayaan itu

  2. wah…wah…cayalah….=)

  3. tumpang lalu…
    smuge sukses slalu..

  4. wahh
    bez gler bace ko nyer blog nih
    mcm2 yg ak dpt
    skrg ni bru ak tau nape org suke wt blog
    huhu
    any way
    smoge berjaya dlm hidup
    n jgn mudah berputus asa
    igt Allah sentiasa memelihara hambaNya yg taat dn setia pd perintahNYA….

  5. k-on >>> Marilah berblog. Yang baik ambil, yg bruk tglkan dekat sini yer…

  6. saye doakan agar cikgu terus berjaya dunia dan akhirat……. harap cikgu x lupekan saujana impian.

  7. cikgu sentiasa di hati para pelajar 4 karisma.

  8. ayu >>>terharu,nangis2 dah nie…
    huhuhu

  9. cikgu x online ke………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: