DUA PULUH ENAM MAC :DUA PULUH ENAM TAHUN YANG LALU

Jika 26 tahun yang lalu, waktu aku menulis entri ini, tidak ada lagi manusia seperti yang anda kenali. Sedang menikmati kehidupan syurga yang diberi oleh ALLAH pencipta dunia. Mungkin lewat petang nanti baru keluarlah insan mencari redha ILLAHI.

Jika 26 tahun yang lalu, mungkin insan ini hanya ada ANUAR sebagai rujukan kawan memanggil. Namun kini sudah punya banyak nama yang boleh dipanggil.

Jika 26 tahun yang lalu, nama doktor menjadi inspirasi kepada namaku ini(mungkin atas sebab si ibu mahu anaknya jadi seperti itu) namun kini anaknya masih lagi berbakti, menjadi guru mendidik anak bangsa sendiri.

Jika 26 tahu yang lalu, si ibu dan bapa membuang diri ini mana mungkin lahirnya aku di atas muka bumi ini.

Terimakasih YA ALLAH, atas nikmati dunia ini, atas rasa punya kedua ibu bapa,atas rasa ada sebuah keluarga, atas nikmat punyai rakan dan sahabat.

BUKAN MENCARI SIMPATI, NAMUN HANYA BERKONGSI

Seperti biasa, bila tiba hari kedatangan pelajar baru semua guru sibuk dengan pelbagai kerja dan urusan. Aku? Sudah semestinya tidak terlepas. Menambah beban, apabila minggu sebelumnya aku kursus, menangguhkan kerja yang boleh disiapkan awal. Seronok kursus, tak seronoknya tahu banyak kerja tertangguh.

Pulang dengan harapan dan semangat mahu menyiapkan kerja, namun orang selalu kata malang tidak berbau. Sakit menjengah meminta diri berehat untuk seketika. Malam tatkala semua orang sibuk dengan tugas masing-masing, aku pula tumbang tewas dek kerana kepala berpusing dan muntah belilah(muntah yang sangat banyak).

Menjadi beban tambahan pada rakan lain, tatkala semua pasti sibuk esoknya. Diharap sakit tidak berpanjangan dan mampu pulih setelah tidur malam itu, namun rupanya sakit berpanjangan. Dari sehari ke sehari, sakit makin pulih. Dari urusan makan, urusan ke tandas solat dan sebagainya diuruskan orang lain(Aishhhh, kasihan pada yang membantu).

Setelah 2 hari kelihatan tidak mampu bangun, hari ketiga mampulah menampung badan sendiri dan menguruskan diri. Pulang ke bilik sendiri setalah berkampung di bilik sakit merupakan nikmat tak terperi. Bebas sedikit dari aura dan suasana kesakitan. Namun keadaan diri, masih seperti penagih atau kaki botol di tepi jalan. Jalannya, terhuyung hayang.

Namun hari ini, hari bekerja. Terpaksa bekerja walau tidak buat kerja. Minta maaf ya, kepala masih lagi berpusing dan tidak mampu berdiri dengan lama.

Apapun, terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjaga, mengawasi, membantu, menjadi pemandu, menjadi bomoh dan menjadi segalanya ketika saya sedang sakit. Terima kasih tidak terhingga.

20130213_100410

 

Dihantar ke hospital oleh rakan-rakan.

TAHUN KEDUA PENUH CABARAN : MRSM PC

Alhamdulillah, setelah setahun bekerja episod tahun kedua dimulakan dengan mendapat banyak tanggungjawab baru. Walaupun mungkin sesetengah orang merasakan itu adalah keadaan membuli pekerja baru tapi aku anggap ianya merupakan satu kepercayaan orang terhadap kita. Mungkin kerana kita rajin bekerja, boleh dipercayai dan mudah bekerjasama. jadi tidak perlu merungut.

Tugas lama menjadi warden masih diteruskan, cumanya bebannya makin bertambah tatkala rakan sebilik berpindah ke tempat lain. Itulah rakan kongsi setiap rasa duka, gembira dan seronok yang dialami. Pindahnya dia, terpaksalah keseorangan menghadapi semuanya. Namun tidak boleh mengeluh, nanti cepat tua.

Mungkin tahun kedua ini tidak ada yang menarik, ragam gurunya masih sama. Ada yang menyenangkan, ada yang kurang. Biasalah, manusia ini pelbagai ragamnya, jadi kita perlu hadapinya. Tatkala kita tidak senang dengan orang lain, apalah pula tanggapan mereka pada kita. Jadi itu karma!

1

Gembira ke Indonesia baru-baru ini

SEKIAN LAMA

Setelah sekian lama, aku mula menulis semula. Banyak idea, cuma masa dan emosi tidak mengizinkan. Semoga semuanya baik saja, maka aku boleh menulis semula. Ok ni sebagai permulaan. Akan aku rencanakan segalanya semula.

PERPISAHAN

Orang kata klise, setiap pertemuan pasti wujud perpisahan. Namun orang rasaa klise sebab mungkin kurang menghargai persahabatan. Kalau ikatan persahabatan itu seakan perpiasahan sebuah keluarga, adakah hati dapat menahan. Lebih lagi, perpisahan itu terjadi cepat dan tiba-tiba tanpa amaran.

Orang kata pertemuan yang seketika, perpisahannya tak terasa. Tetapi sekiranya seketika itu sangat bermakna, adakah hati tidak merana. Lebih lagi, sekiranya itulah rakan dan keluarga tempat meluah rasa dan segala duka dan gembira.

Orang selalau menangis bila perpisahan itu tiba, tanda sedih dan tidak mahu berjauhan. Tetapi sekiranya tangisan tidak dapat dilihat, bukan bermaksud tidak bersedih mahupun merelakan. Lebih perit, tangisan dalam hati yang tiada siapa boleh berkongsi.

Terima kasih Faizal sebab selalu ada dengan aku untuk sama berkongsi rasa dan cerita. (Simpan tau cerita kita mengumpat ‘orang-orang’ itu)…Maaflah kalau ada salah dan silap, terlanjur kata dan bicara. Hope kau selalu datang jumpa kami di MRSM PC. Maklumlah, bukan jauh pun kan…Kau kan gigih!!!Aku x nak tulis panjang2, nnt sdih sgt2….

Bisikan hati : Hari ini mungkin hari Faizal, hari esok mungkinkah aku juga dikejutkan dengan cerita begini. Harap biarlah semuanya selamat sahaja.

REPLY SPEECH : SIBUK

Lama dah aku tinggalkan penulisan dalam laman maya kesayangan aku ini. Mungkin tidak ada perkara menarik yang ingin diceritakan, maka aku pun menyepi. tapi hari ini aku nak buat reply speech sebab aku dapat idea menarik. Semuanya hasil penulisan anak murid tentang aku. Wahahaha.Kredit to Malissa ….Seronok membacanya!!!

SORRY TAK BOLEH LETAK GAMBAR TAKUT TUAN PUNYA BADAN TIDAK MENGIZINKAN.

1. Isu tak suka perempuan JB. Ahakz….Sorry eh Malissa, saya bukan kata awak, cuma mostlynya mereka ini terdedah kepada perkara begini, jadi lebih baik mengelak. But then bukan semua, hanya SEGELINTIR.Tengok awak baik saja,baguslah tu.

2. Isu main game yang buat awak tak faham. Ahakzzz… Permainan tu pun sebenarnya memang bertujuan untuk membuatkan mereka yang tidak faham dan tidak dapat menjawab tension dan bengang. tapi bukanlah apa pun, benar kata Haifa. Hanya gurauan semata. Tidak ada kaitan yang hidup dan mati. Anyway, nanti kita main lagi ya Malissa….Hehehehehe(Gelak Evil):::Mode baik, sebenarnya permainan itu hanya untuk bergembira saja dan keluar dari pemikiran fizik seketika.:::

3. Isu kad raya. Terima kasih sangat kerana menghargai pemberian tidak seberapa saya itu.(Maklumlah badget tak ada, kalau artis tak apa)…Sorry juga, sebab kad itu hodoh, maklumlah saya ni bukan berjiwa seni:::Tapi suka menyanyi jerr:::

4. Isu sibuk di mana-mana. Wahahahaha. Saya kan warden, merangkap cikgu koperasi, merangkap cikgu LDP merangkap cikgu fizik awak, jadi sememangnya banyak program awak saya akan ada. Yang paling selalu terjadi pula, tiap kali perkara yang berlaku (memalukan atau menarik) saya pasti berada di tempat kejadian dan berpeluang menyaksikan kejadian. Hahahaha….

5. Isu pengajaran tentang keduniaan. Insyaallah, itu memang tugas saya. Semua cikgu juga sebenarnya memberikan perakara yang sama tanpa sedar. Sesamalah kita membaiki kehidupan di atas muka bumi yang penuh pancaroba.

YA ALLAH semoga kau permudahkan perjalanan kehidupan anak muridku, seperti mana kau permudahkan perjalanan hidupku. berikanlah mereka Nur dan HidayahMu kepada mereka. Jauhkanlah mereka dari perasaan hasad dengki dan fitnah, bencana dan kecelakaan. Kau makbulkanlah hajat dan doa mereka kepadaMu.

CABARAN : IBU ITU MADRASAH

Syurga di bawah telapak kaki ibu. Itu mungkin ayat biasa yang kita selalu dengar. Namun hari ini aku dikejutkan untuk menulis tentang ibu itu madrasah. baik aku cuba kupas.

Kalau di tanya pada setiap dari kita, bila mula sekolah. Semua jawab, tadika!!!Atau darjah satu. tak kurang juga yang kata aku tak pernah pergi sekolah.(ini memang kes paling kasihan).Cuma tanpa kita sedar sebenarnyalama sudah kita bersekolah. Sedari saat Si ibu sudah mengetahui kewujudan si anak dalam perut. Tak percaya???

Apa fungsi sekolah = madrasah?(Yang sepatutnya) Fungsinya memberi ilmu untuk membentuk manusia menjadi insan!

kalau di sekolah biasa, cikgu selalu cakap jangan nakal-nakal. Dalam perut ibu lagi ibu sudah menuturkan kata itu. tanpa pernah jemu sehingga kita besar pun ibu masih menuturkan perkara yang sama. Cuma kita?tanpa sedar sakitkan hatinya. kita lawan cakap dia, kita tengking dia. Kalau dekat sekolah, kita menangis sebab kena rotan kemudian ramai-ramai sanggup pergi minta maaf. Dekat mak???Sepatah kata maaf tak keluar dari mulut.Sebab apa?Dia ibu kita, hari-hari jumpa…:::Sengal:::

Bila tanya siapa ajar itu burung, kerusi, meja?jawab kita cikgu sekolah. Salah…Mak yang ajar sebenarnya. Sedari kecil, ibu yang cakap bila kita mahu belajar berdiri. upppp, bangun.pegang kerusi itu. baik-baik kepala tu, ada meja(sebab kita suka merangkak pergi bawah meja) pernah kita kenang semua itu?Tetapi kalau cikgu dekat sekolah hari guru gigih suruh mak beli itu ini nak beri pada cikgu. Siap ucap lagi Selamat Hari Guru. Dekat mak kita pernah gigih beli hadiah untuk dia???Belum cerita tentang kita yang gigih buat persembahan hari guru, dekat mak???Mungkin sebab jumpa mak hari-hari kot….:::Ngokngek:::

Walaupun hari-hari kita hadap muka ibu @ mak itu, kita selalu tak dengar cakap dia. Dalam hari-hari kita tengok muka dia, kita tak pernah kenang jasa dia. Cuba sekali kita buat, apa yang kita buat pada guru kita.pasti sinar cahaya wajah ibu akan terpancar. Percayalah!!!