Hari Ini

Hari ini yang pastinya adalah satu batu loncatan untuk kita mencapai apa yang dihajati pada hari esok.

Hari ini tidak akan hadir tanpa hari semalam yang merupakan sejarah yang perlu untuk kita kenangkan.

Hari ini perlu dipenuhi dengan kegembiraan untuk memastikan hari2 yang seterusnya juga kita akan terus bergembira.

Namun, jika hari ini kita bersedih janganlah biarkan diri kita terus bersedih. Apa yang perlu bangkitlah dari kesedihan dan bergerak terus ke depan dan JANGAN PANDANG BELAKANG. 

Apa Gunanya Blog???

Sekarang ni bila aku baca blog orang aku dapat melihat pelbagai tujuan orang menulis blog. Cara penulisan mereka sahaja kita sudah boleh mengagak apakah sebenarnya yang ingin disampaikan. Emosi penulis akan dapat kita baca dari gaya penulisan, dari kesedihan, kegembiraan keghairahan dan apa jua perasaan dapat dilahirkan.

Itulah sebabnya orang kata dengan menulis kita dapat menzahirkan perasaan tanpa segan silu. Cuma pada yang mungkin malu2 atau hendak marah sesiapa bolehlah melakukan contengan di atas kertas. Kepada yang ingin berkongsi pengalaman atau perasaan boleh jugak menulis dalam blog atau shoutout friendster.

Ada yang mungkin menulis blog untuk berkongsi ilmu. Ada yang mungkin menulis blog untuk meluahkan perasaan. Ada yang mungkin menulis blog untuk mengecam atau melakukan kutukan. Ada juga yang menulis blog untuk ‘menembak satu sama lain’ dengan cara penulisan(kira kene tukar peribahasa ni, penulisan lebih tajam dari mata pedang,huhu).

Walau apa pun bentuk penulisan yang ingin dikongsi, itu terpulang kepada penulis itu sendiri. Tapi bak kata sitkom PUTERI, hidup ini cuma sekali jadi KITA ENJOY……

Bencilah

Aku memang benci betul bila dihantui rasa bersalah. Ini memang satu2nya kelemahan aku yang orang boleh gunakan. Buatkan aku rasa bersalah. Sejak dari dulu lagi,kalau ada orang yang boleh buat aku rasa bersalah mesti aku yang akan rasa gelisah. Susahlah macam ni(tapi kalo pura2 aku x lyan)

Aku bukan sengaja nak buat kawan aku ni sedih atau sebagainya, tapi benda ni berlaku secara tak sengaja. Macam mana aku ingin menjelaskan pada kau wahai kawanku tentang perkara ini??? Harapan aku semoga kau tidak terus berdendam, marah, kecil hati atau apa2 sajalah terhadap aku insan yang kecil ini(realiti pun kecik jugak)

Semoga kita akan dapat terus berkawan dan berjumpa lagi bila aku pulang ke rumah. Tunggulah aku dan harapannya kau akan terus melemparkan senyumanmu padaku…MAAFKAN AKU SEKALI LAGI.

Cerita ini tidak ada kaitan dengan yang telah meninggal dunia, hanya mereka yang masih bernafas dengan nikmat ALLAH ni saja.

Lagi2 Bas Merah…

Minta maaf pada semua yang mungkin sudah bosan dengan tajuk entry bas merah ini…TApi banyak sangat benda yang jadi bila aku balik dengan bas merah ni.Mari kita mulakan dengan keadaan di rumah dulu. Macam biasalah aku suka bertolak dari rumah lebih kurang 2.00 petang(lepas zohor) Dan juga seperti kebiasaan aku akan berjalan kaki ke tempat perhentian bas.

Kisah yang pertama adalah aku diperli oleh Imam surau dekat2 dengan rumah aku tu. Dia tanya dekat aku, hari ni tak ada orang yang nak tumpangkan aku lagi??? Nak tahu kisahnya tengok entry yang bertajuk ‘aku dah balik’ Imam tu perli aku seolah2 aku biasa saja tumpang orang, tapi yang tambah sadis bila cara dia bertanya tu begini “tak nak tahan orang lagi ker???” pergh…………… MAcamlah sebelum ni aku yang tahan orang.(x pe2 kene sabar)

Kisah yang kedua, bila dalam bas nak balik ni pula, aku rasa macam pergi melancong ke PAKISTAN. Dahlah barang memang banyak, so kelihatan seperti pelancong di tanah air sendiri. Mereka ni aku rasa baru pulang dari menuntut ilmu agama dari orang2 Malaysia mungkin. Sebab bila dah naik bas tadi ada seorang warga tempatan meninggalkan amanah kepada meraka. Tapi yang paling kebetulan sekali dalam bas adalah dalam 15 orang, bila dekat stesen komuter Seremban jumpa lagi suku sakat. Sudah jadi dalam 30 orang pula. Bila dah naik komuter sampai stesen BATANG BENAR(tiada yang benar melainkan benar belaka) naik lagi dalam 10 orang.Ramainya kaum mereka…..Sehingga aku turun di stesen aku, mereka masih di atas train.

Kisah ketiga adalah kemalangan yang berlaku di SRI KENDONG(simpang nak masuk umah kawan aku). Kemalangan yang melibatkan kereta waja dan kereta wira aeroback di persimpangan jalan.(no plat di rahsiakan,takut ada yang nak main no ekor) Kedua2 kenderaan agak teruklah, tapi kondisi penumpang kedua2 kenderaan tak dapat dipastikan. Aku hanya dapat melihat kenderaan yang agak remuk di tengah dan tepi jalan. Semoga kita semua dijauhkan dari kemalangan seperti itu.(INSYAALLAH)

Yang paling penting malam ni, aku dah lalok awal sebab kesan ubat pagi dan tengahari tadi aku masih tak tidur2. Mesti malam ni aku tidur nyenyak. Dan yang paling penting harap2 gatal2 ni tak ganggu aku malam ni.hehehehe. Kaylah,ada cerita lagi aku tulis ya,daaa. HAVE A NICE DAY EVERYBODY

Kena cucuk punggung

Semalam balik rumaj saja aku dah tak tahan dengan kegatalan yang melarat ke seluruh tubuh aku ni. TEnsion betul, sebab memberikan sedikit sebanyak kepayahan untuk aku melakukan pekerjaan dan apa2 saja.

Jadi malam semalam aku pergilah ke klinik yang berdekatan. Bila dah jumpa doktor, terus aku disarankan untuk diberikan injection. Aku pun dengan konfidennya terimalah untuk di inject tu. Aku tak tahu pula kena inject dekat punggung. Sekali masa nak kena inject tu, doktor tu cakap dekat punggung,bapa segan gila aku masa tu. Aku ingat kena inject dekat tangan ke, rupanya di PUNGGUNG.HAHAHAHA

Pagi ni, aku rasa macam nak demam saja, bila makan ubat saja aku rasa mengantuk sangat2. Nak tidur. Nanti aku tulis lagilah ya(”,)