RAMADHAN : KERJAYA : HIDUP : REALITI

Kalau nak diikutkan ini adalah ramadhan ke-5 di Kelantan. Perubahan tidaklah banyak. Dari orang berniaga di bazar yang masih kelihatan sama, sehinggalah program pengisian ramadhan tempat aku bekerja. Bagus juga, sekurang-kurangnya aku tidak terlalai dari menikmati rezeki yang dicurahkan dibulan mulia ini.

Kerjaya meniti perjalanan bertambah sukar. Dari mereka yang gila kuasa sehingga mereka yang asyik mengampu dan mengipas. Dari mereka yang asyik betul sehingga mereka yang tidak mahu mendengar pendapat orang lain. Biarlah kita hanya jadi insan pemerhati selagi kerja dan tanggungjawab dilaksanakan dengan sebaiknya. Insyaallah

Hidup sememangnya memeberi pengajaran sebenar. Dari segenap aspek. Isu kahwin?Isu beli rumah? Isu kahwin banyak? Isu mengurus anak-anak? Semua diperolehi dengan mudah sahaja.

Realitinya aku tetap di sini. Menempuh dugaan dan cabaran. Jauh dari keluarga, dan yang penting keseorangan.

 

alone____by_lemsc

 

kredit pakcik google

 

BERAKHIR 2014 ; BERMULA 2015

Bila akhir tahun semua pasti mula menyingkap kisah suka duka dilalui selama setahun. Kisahnya akan menjadi pengajaran dan kenangan dalam titian perjalanan setiap insan. Bezanya mahu dikongsi atau tidak, itu sahaja.

 

Bermula 2015 maka akan sampailah aku kepada tahun ke 4 menyumbang bakti di Bumi Kelantan. Bukan tidak mahu berpindah cuma memberi laluan pada yang hendak dan lebih lama dari aku. Masa aku pasti akan tiba juga nanti. Bulan Februari akan menjadi saksi tahun ke 4 untuk dirai.

 

Tahun 2014 tidak banyak yang boleh diingati, kerana semuanya hampir sama setiap hari. Cuma hati, semakin kuat terbuka untuk mencari. Hanya masa sahaja belum pasti, Semoga semuanya nanti akan pasti agar jalan yang dilalui diberkati.

 

Azam 2014 seperti mahu aktif semula di sini, agar menjadi tempat meluah segala isi hati. Yang terbuku, tercair semuanya dikongsi dengan semua yang sudi. Biarlah jari yang pantas ini sahaja meluah, bukan mulut yang ……(Isi tempat kosong)

 

Apa pun, selamat tinggal 2014 dan kenangan, selamat datang 2015 yang diharap membawa seribu satu khabar gembira buat semua.

 

?????????????????????????????????????????????????????????

KENAPA MASIH DI SINI

Terkadang selalu berfikir kenapa masih di sini. Walau hati rasanya sudah basi.

Terkadang terfikir kenapa masih di sini. Walau hati sudah dilukai.

Terkadang terfikir juga kenapa masih di sni. Walau rasa sudah dibenci.

Terkadang asyik terfikir kenapa masih di sini. Walau sepatutnya kembali ke negeri sendiri.

Terkadang perlu berfikir kenapa masih di sini. Hanya kerana mereka yang masih ada di hati.

senyum

kredit foto  google images

MANUSIA SEMAKIN ANEH

 Dia bercakap kasar dan  memerli orang sana sini, bila kena perli SENTAP!

Pengajaran : Tahu batas dan kemampuan diri, jangan buat benda yang kita tak suka orang buat.

Arahan dah lama diberikan, tidak pernah ikut dan menurut. Sampai satu masa, dia pula keluarkan arahan dan minta semua orang ikut. KAU RASA? 

Pengajaran : Lakukan tanggungjawab sendiri, jangan leka dengan amanah yang diberi.

Ada manusia mempertikai tugas kecil kita kerana mungkin kita hanya pengganti, tapi tugas hakiki kau tak pernah dilaksanakan. Untunglah ada orang ganti!

Pengajaran : Sentiasa menghargai orang lain, jangan hanya mementingkan diri sendiri.

Di kalangan kita masih lagi tidak boleh menerima kritikan dan marahnya guru kepada anak mereka. Nasib baik ada orang nak ajar anak kau.

Pengajaran : Letakkanlah guru antara orang yang perlu dihormati, sekurang-kurangnya tidak dihina dan dicaci maki.

Terdapat juga manusia yang memberitahu kerja tidak perlu dicanang, namun masalahnya kau tak buat kerja!

Pengajaran : Memberitahu orang tu kadangkala untuk menyedarkan manusia yang tak buat kerja, ikhlas atau tak itu urusan ALLAH.

JODOH : KETENTUAN ALLAH

Bila nak cerita tentang jodoh mesti ramai berharap aku menamatkan zaman solo @ bujang trang tang tang ini. Insyaallah dengan doa dari semua perkara tersebut bakal terlaksana.

Ada pelbagai cara mungkin kita bertemu dengan pemilik tulang rusuk kita(bagi lelaki). Kadangkala orang itu mungkin kawan lama yang tidak pernah terjangka itulah jodoh kita. Kadang kala dia merupakan rakan sekerja. Berkemungkinan juga dia adalah orang asing yang tidak tercapai akal bakal menjadi jodoh kita.

Biar bagaimanapun caranya jodoh itu datang, kita seharusnya gembira kerana telah berjaya menyempurnakan sebahagian daripada agama. Lebih manis jika kita sudah menginjak ke umur yang lebih berusia.

Terpenting, usaha dari kita perlu dipacu. Tidak hanya boleh menunggu. Carilah dan jangan pernah putus asa, kerana jika benar jodoh itu milik kita pasti tidak akan ke mana-mana.

jodoh

p/s : Mood meroyan orang yang sudah menginjak usia 27 tahun!!!!